Mee Ayam Indonesia

Asma Nasir
Asma Nasir @asmathenoobincooking
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras

I was longing for a famous mee ayam at one of colleges in UKM. If you go to Kolej Keris Mas, there's one stall selling this mee ayam. Huah! How I miss it so much! #goldenapron

Mee Ayam Indonesia

16 orang bercadang membuatnya

I was longing for a famous mee ayam at one of colleges in UKM. If you go to Kolej Keris Mas, there's one stall selling this mee ayam. Huah! How I miss it so much! #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 orang (2)
  1. Minyak Ayam
  2. 150 gramkulit ayam
  3. 8 ulasbawang putih (dicincang halus)
  4. 100 mlminyak masak
  5. Ramuan Ayam
  6. 500 gramdaging ayam (dipotong dadu)
  7. 8biji bawang merah (dikisar)
  8. 5 ulasbawang putih (dikisar)
  9. 1inci halia (dikisar)
  10. 1inci kunyit (dikisar)
  11. 1 batangserai (diketuk)
  12. 2 helaidaun basil (option)
  13. 1sudu besar gula
  14. 1sudu besar lada hitam
  15. 1sudu besar ketumbar (dikisar)
  16. 1sudu kecil serbuk perasa
  17. 1sudu kecil garam
  18. 4sudu besar kicap pekat manis ABC
  19. 1sudu besar kicap masin
  20. Air secukupnya
  21. Minyak secukupnya
  22. Mee
  23. 5 kepingmee segera Vit's
  24. 2 literair (direbus)
  25. Hiasan (Optional)
  26. Sos cili
  27. Sayur sawi (dicelur)
  28. Daunbawang (bahagian putihnya sahaja)

Cara Memasak

  1. 1

    Buat minyak ayam terlebih dahulu. Masukkan minyak masak. Tunggu sehingga minyak panas dan masukkan kulit ayam. Masak sehingga kekuningan. Selepas itu, masukkan bawang putih yang telah dicincang. Masak jangan sampai hangus pula ya. Bila bawang putih dah bertukar keemasan, tutup api.

  2. 2

    Selepas itu, asingkan kulit ayam terlebih dahulu dan masukkan minyak tadi di dalam mangkuk yang lain. Don't worry about all the garlics tu. Biarkan sahaja bercampur dengan minyak. Kekalkan rasa minyak ayam tu 😉

  3. 3

    Sekarang ni, kita nak buat ayamnya pula. Panaskan minyak terlebih dahulu dan tumiskan segala bahan yang telah dikisar (bawang merah, bawang putih, kunyit dan juga halia). Tumiskan sehingga bahan cukup masak. Macam mana nak tahu? Apabila bahan bertukar warna daripada warna selepas diblender, sehingga warnanya menjadi gelap. Kira sampai minyak pecahlah. Hiks.

  4. 4

    Jangan lupa masukkan sekali serai yang telah diketuk serta dua helai daun basil. Tapi daun ni optional. I didn't put it because I didn't have it. 😂 Letaklah sebagai penambah rasa.

  5. 5

    Selepas itu, barulah kita masukkan daging ayam yang telah dipotong dadu. Gaul sehingga sehingga rata.

  6. 6

    Apabila daging ayam telah sebati bersama bahan yang dikisar, masukkanlah segala bahan perasa yang lain. Garam, gula, serbuk ketumbar, kicap manis dan juga masin. Bahan perasa ni, ikut taste masing-masing.

  7. 7

    Masukkan air secukupnya dan masakkan segala bahan sehingga ianya agak kering. But ini adalah option. If nak agak berkuah, jangan kering sangat. Terpulang ya. Bila puas hati dengan rasa dan tekstur bahan, boleh padamkan api.

  8. 8

    Jangan lupa rebus mee! Im using this mee. Panaskan air terlebih dahulu sehingga mendidih. Masukkan mee dalam tempoh masa beberapa minit sahaja. Setelah ia kembang cantik, toskan dan bilas dengan air.

  9. 9

    Masa untuk dihidang! Sediakan satu mangkuk. Masih ingat tentang minyak ayam tadi? Masukkan sesudu besar atau lebih minyak ayam tersebut beserta sesudu besar kicap manis (option). Selepas itu, masukkan mee (ikut nak banyak mana), gaulkan dengan bahan tadi.

  10. 10

    Selepas itu, letakkanlah daging ayam yang telah siap dimasak tadi. Tada! Oh ya. Bahan hiasan tu terpulang ya. I tak ada sawi tadi. Sawi tu hanya perlu dicelur sahaja ya! Selamat mencuba!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Asma Nasir
Asma Nasir @asmathenoobincooking
pada
Bandar Tun Hussein Onn, Cheras
It's all about your magic hands!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya