Homemade Sizzling Yee Mee

Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710

#goldenapron2020 #minggu32
2 minggu berlalu pkpb di Perak. Hajat hati saya nak bawa anak anak keluar makan makan di foodcourt mall terbantut. Takut pun ada . Jadi jalan selamat saya masak sendiri sizzling yee mee di rumah. Bila bahan asas dah ada di dapur, saya cuma beli ayam, mee, cendawan shitake segar dan sayur sawi sahaja. Mudah bukan? Rasa pun sedap juga... tak tipu!.🤭 Jom kita lihat cara cara saya buat sizzling yee mee di rumah jom! 👇👇👇

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 8 ulasbawang putih – hiris
  2. 2inci halia – hiris
  3. 10tangkai cili kering – potong 3 (nak pedas tambah cili kering)
  4. 1/2ekor ayam -potong kecil
  5. 5 sudu makansos tiram
  6. 4 sudu makankicap cair
  7. 4 sudu makankicap manis
  8. 1/2 sudu makanlada hitam kisar
  9. 2kiub ayam Knorr tanpa MSG
  10. 150 gmCendawan shitake (saya guna yang fresh) hiris 4
  11. 3 sudu makantepung jagung – bancuh dengan 1/2 gelas air
  12. 1 sudu makanminyak bijan
  13. 2 sudu makangula (jika mahu tambah)
  14. 1 sudu makangaram
  15. 7 cawanair
  16. Bahan lain*
  17. 1@ 2 peket yee mee kering
  18. Sedikitsayur sawi
  19. 1biji Telur mengikut satu hidangan

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan bahan

  2. 2

    Panaskan minyak dan tumis bawang putih, halia dan cili kering sampai naik bau. Kemudian masukkan ayam. Tumis sekali.

  3. 3

    Masukkan 7 cawan air atau lebih. Masukkan sekali sos tiram, kicap pekat, kicap cair, kicap manis, lada hitam dan kiub ayam tanpa msg.

  4. 4

    Seterusnya masukkan cendawan shiitake. (Saya guna fresh shitake)
    Tuang air bancuhan tepung jagung. Jumlahnya ikut kepekatan yang anda inginkan.
    Akhir sekali, masukkan minyak bijan, gula dan garam. Siap!

  5. 5

    Penyediaan: Sendukkan kuah yang dah siap ke dalam kuali kecik. Panaskan. Masuk seketul yee mee. Biar hingga lembut. Kemudian pecahkan telur dan masukkan sawi.

  6. 6

    Sedia untuk dinikmati. Selamat mencuba😊

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Ell Sakimin
Ell Sakimin @ell_sakimin710
pada

Komen

Julia ALeen Aireish
Julia ALeen Aireish @JuliaAA_merecik
berkenan betul tgk yee mee sizzling ni.. kita suka, nmpk sedap sis #love

Resipi Sepertinya