🇹🇭 MIANG PLA PAO

Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
Gerikland, MY🇲🇾

🐟🥬🍅🥒 Bila teringatkan kesedapan makanan Thai, ini adalah antara kegemaran akak, hepi meneraiiii 😉 #miangplapao #เมี่ยงปลาเผา #ปลาเผา #Thaifood #cppassport #cppassportthailand

🇹🇭 MIANG PLA PAO

🐟🥬🍅🥒 Bila teringatkan kesedapan makanan Thai, ini adalah antara kegemaran akak, hepi meneraiiii 😉 #miangplapao #เมี่ยงปลาเผา #ปลาเผา #Thaifood #cppassport #cppassportthailand

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

45 minit
3-4 sajian
  1. 🐟 bahan2 ikan
  2. 1ekor ikan siakap/bawal/tilapia saiz sederhana- cuci bersih, keringkan, gaulkan dengan garam & lada putih
  3. 1btg serai diketuk
  4. 3-4 helaidaun limau purut dikoyak2 sedikit
  5. 🥬 bahan2 sayur sayuran
  6. 7-8 helaidaun salad dikoyak dua
  7. 1/2btg carrot dipotong julienne cut
  8. 1/2btg timun jepun dipotong julienne cut
  9. Sedikitsuun dicelur
  10. 1pokok ketumbar dihiris sepanjang mancis
  11. 8bj tomato cheri dibelah 4
  12. Kacang tanah sangai - optional
  13. 🥫bahan2 sos
  14. 10bj cili padi siam dicincang
  15. 2 ulasbwg putih diparut/cincang
  16. 3sdm sos ikan/nampla
  17. 1/2cwn sos manis Thai Maepranom - sila rujuk gambar
  18. 1sdk jus limau nipis
  19. 1/2cwn air
  20. 1tgkai daun ketumbar bersama akarnya dihiris halus
  21. 1sdk gula nisan jika perlu

Cara Memasak

45 minit
  1. 1

    Masukkan serai & daun limau purut kedlm perut ikan. Bakar atau grill ikan hingga masak. Kalau kurang rajin goreng deep fry hingga ikan masak garing

  2. 2

    Akk guna airfryer- panaskan AF pd suhu 200c selama 2,3 min. Kerat ikan menjadi dua. Air fry selama 15-20min sehingga masak keperangan dan tak perlu dibalik2kan

  3. 3

    Cara2 membuat sos - Campurkan semua bahan kecuali daun ketumbar dan jus limau kedlm periuk. Didihkan sebentar. Tutup api & masukkn daun ketumbar dan jus limau. Balancekn rasa pedas, manis, masam & masin. Sos tidak perlukan garam sb nampla dh masin & sos manis Thai mmg sedia manis.

  4. 4

    Cara makan, ambil sekeping salad, letak suun, sayur2an, cubit isi ikan, sos & bungkus daun salad. Hepi meneraiiii 😉

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Keroroyz Royz
Keroroyz Royz @Kak_Roy
pada
Gerikland, MY🇲🇾
ig : 71keroroyz masakan ala cafe & fusion, hepi meneraiiii ✌️
Baca lagi

Komen (6)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Lawanyer..sedap tu opkos la kan..

Resipi Sepertinya