Ubi Kayu Goreng Kunyit

Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍
Ubi Kayu Goreng Kunyit
Sarapan pagi tadi dengan menu ubi kayu goreng kunyit. Lama dah tak makan macam ni. Sedap sangat nak-nak lagi kalau ubi kayu yang empuk. Dulu-dulu sewaktu masih sekolah rendah kalau hujung minggu bangun tidur tengok mak dah sediakan sarapan ubi kayu goreng, keledek goreng dan keladi goreng. Mak akan buat sambal tumis untuk dicicah. Kalau untuk mak dan bapa ubi kayu rebus, keledek rebus dan keladi rebus. Kadang kami (anak-anak tamak, nak juga yang rebus, kesudahan nya tak habis makan. Mak akan goreng lebihan ubi kayu/keledek/keladi rebus tu, rasa nya lagi sedap sebab garing di luar lembut di dalam. Pekena pulak dengan teh o atau kopi o panas memang 😋👍
Cara Memasak
- 1
Kupas kulit ubi kayu dan cuci bersih. Potong kecil dan gaul dengan garam dan serbuk kunyit/serbuk kari.
- 2
Panaskan minyak masak dan goreng ubi hingga kekuningan/ masak. Toskan dan boleh la dihidangkan.
Carian Teratas bagi
Resipi Sepertinya
-
Ubi Kayu Rebus Ubi Kayu Rebus
Minum pagi tadi dengan ubi kayu rebus. Cicah dengan sambal tumis atau kelapa parut campur gula. Kalau ada gula apong lagi sedap. Pekena pula kopi atau milo panas memang sedap sangat. Ubi kayu nya pula empuk. Memang lama juga tak makan ubi kayu rebus. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Lama dah rasanya tak update resipi dalam cookpad. Terasa rindu menusuk ke kalbu. Sementara cuti panjang ni walau tak boleh kemana-mana, tugas sebagai isteri dan ibu pasti tak pernah lekang.Kebetulan pula ada ubi kayu, petang-petang begini pasti sedap jika ada kuih muih untuk dijadikan kudap-kudap sambil berborak-borak bersama suami dan anak-anak. Tapi tangan ni agak malas nak buat kuih muih tradisional. Huh.. ubi kayu ni kalau digoreng garing ni pasti sekejap je habis.Pantas saya kupas ubi kayu ni sambil menjerang air panas untuk dibuat kopi.Kalau ubi kayu tak direbus, boleh saja terus digoreng tetapi agak keras teksturnya. Saya lebih suka kalau tekstur yang lembut dan ada sedikit serbuk-serbuk pecahan dari ubi kayu yang direbus. Bertambah garing bila bila digoreng.Betul sangkaan saya. Ubi kayu yang saya goreng ni habis sekejap saja. Anak-anak kata seperti potato wedges. 😂Tak semua budak-budak sukakan ubi kayu. Tapi sebagai ibu, saya tetap mengajar anak-anak untuk mencuba semua makanan supaya mereka dapat tahu rasa dan keenakan setiap makanan. Alhamdullilah kenyang perut ni. Bersyukur kita masih dapat rezeki untuk dibuat alas perut.Selamat mencuba 😘 Gyna Elenna -
Bebola Ubi kayu Bebola Ubi kayu
#sarapan#goldenapronSebut je ubi kayu..tringat zaman kesusahan..zaman Jepun. Ubi kayu ni dah macam makanan ruji pada masa tu. Lebih2 lagi sarapan pagi. Memang sentiasa disajikan hidangan dari ubi kayu. Ubi rebus..ubi goreng..lempeng ubi..lepat ubi..bingka ubi..hmm..macam2 ado..😁Disini saya nk share resepi sarapan pagi yang jarang orang buat sekarang..iaitu bebola ubi kayu. Kuih ni sedap..rasa lemak2 manis. Jom lihat resepi. Sarmila Sharif -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
#MottainaiUbi kayu rebus masih berbaki di dalam peti sejuk. Sayang pulak nak dibuang. Banyak resipi yang boleh dibuat dengan ubi rebus ni contoh kuih getuk ubi, bebola ubi cheese, kerepek ubi rebus, nugget ubi dan sebagai nya. Cuma tinggal rajin atau malas jer.Hari ni mood kurang rajin, sebab sayang tak nak membazir dan tak nak peti sejuk penuh hingga tak cukup ruang untuk simpan makanan, saya goreng jer. Alhamdulillah licin 😊 Dapur Yusfarisyia -
Ubi kayu gaul kunyit berempah Ubi kayu gaul kunyit berempah
#goldenapron2020Tak tau nak letak nama apa sebenarnya. Tapi resepi ni sekadar versi sendiri, apa yang terbayang dan teringin nak makan tu terus hakak buat. Tak puas makan ubi keledek haritu. Kalini pakai ubi kayu pulak Liana Nick -
Ubi Kayu Rebus Sira Gula Ubi Kayu Rebus Sira Gula
#sarapan#goldenapron#minggu14Jom cuba resepi manisan untuk sarapan pagi. Resepi ni kak belajar dari mak. Ubi kayu pulak, tanam sendiri. Sebahagian ubi kayu tu dah diberi pada besan mak untuk dibuat ketupat ubi. Akak amik seketul nak buat ubi rebus sira ni. Selamat mencuba. 😉 AeJaa 📸 -
Ubi Kayu Goreng Berempah Ubi Kayu Goreng Berempah
#goldenapron2020Ubi kayu ni lebihan yang direbus semalam. Satu perdu dapat banyak ubinya. Selalunya lepas makan ubi rebus cicah kelapa parut dan sambal bilis, esoknya akan buat ubi goreng pula. Makan panas-panas sekali hadap licin 😅 Syima Yusof -
Ubi Kayu Rebus Goreng Ubi Kayu Rebus Goreng
Lebihan ubi kayu yang direbus sebenar nya boleh dibuat pelbagai kuih cuma tinggal rajin atau malas sahaja nak membuat nya. Malam tadi mood sedikit malas 😊 jadi saya gorengkan sahaja. Si dara saya lebih suka ubi goreng daripada ubi rebus. Sambil tengok TV sambil meratah ubi goreng dan pekena kopi/teh/milo panas. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Goreng Ubi Kayu Goreng
Jiwa Merdeka 🇲🇾#MerdekaMonth#AugustChallengeTeringat kembali ke zaman nenek moyang kita hidup sebelum merdeka dahulu, mereka makan apa sahaja tumbuhan yang tumbuh di tepi rumah mereka atau di sekitar kampung. Antara tumbuhan nya ialah ubi kayu. Ubi kayu sedap direbus, digoreng, dibakar begitu sahaja malah dapat diolah pelbagai cara jika rajin mengerjakan nya. Kita buat cara yang paling senang jer ia itu dengan menggoreng sahaja. Sedap woo.. dimakan panas-panas, rangup di luar empuk di dalam. Dapur Yusfarisyia -
Ubi Kayu Vadai Ubi Kayu Vadai
Ubi kayu vadai ni memang kegemaran mak saya. Sewaktu kami masih kecil mak ada tanam pokok ubi kayu. Banyak yang boleh dibuat daripada ubi kayu. Paling kami suka ialah kerepek ubi pedas. Saya pernah muat naik gambar ubi kayu vadai beberapa tahun dahulu di Medsos dan seorang sahabat yang juga merupakan seorang Chef memberi komen memberitahu kalau mereka (orang India) akan panggil resipi ni Masala Vadai. 😊 Dapur Yusfarisyia -
Ubi kayu goreng celup tepung Ubi kayu goreng celup tepung
#goldenapron #minggu21Kalau musim hujan, mesti ramai orang jual ubi. Silap haribulan boleh dapat free dari jiran-jiran yang baru balik dari kampung.Kalau dah bosan makan ubi rebus, boleh la cuba buat kudap-kudap. Goreng celup tepung jadi pilihan hakak. Petua arwah mak, letak sedikit minyak masak, nanti jadi rangup. Sedap. Rangup diluar,lembut di dalam. Liana Nick -
Ubi Keladi Goreng Ubi Keladi Goreng
Resipi dalam galeri fon, lama jugak lah terperuk 😅Cooksnap daripada @rohani_1390Saya potong dadu jer ubi keladi tu sebab malas nak celup satu persatu. Campak terus ke dalam adunan tepung dan sudukan ke dalam minyak panas. Sedap sangat sarapan ubi keladi goreng ni pekena pulak kopi o panas. Teringat zaman remaja dulu sewaktu bermalam di rumah kawan kepada kawan sekolah. Suasana rumah kampung, rumah tepi sungai. Nak mandi terpaksa cedok air sungai di tepi titi rumah nya, sejukkk yakmat mandi sebelum subuh dengan air sungai. Waktu solat kami di Sarawak lebih awal berbanding di Semenanjung Malaysia. Nasib baik takde "Si Bujang Senang" mungkin waktu tu Bujang Senang belum ada lagi isteri kot. Nama pun bujang 😆. Tak macam sekarang ni anak pinak dia dah makin banyak membahayakan keselamatan penduduk kampung yang berhampiran dengan sungai. Lepas habis solat dihidangkan tuan rumah sarapan dengan keladi goreng panas dengan kopi o panas. Pokok keladi ditanam sendiri memang sihat membesar, puas makan. Ada menu sarapan yang lain tapi saya asyik layan keladi goreng jer sebab sooo sedappp 😋👍 Dapur Yusfarisyia
Lebih Banyak Resipi
Komen (7)