Pulut Kuning!

Nur Mardiah Amirah Az Zahra
Nur Mardiah Amirah Az Zahra @MardiahAmirah

Ini adalah percubaan Pulut Kuning saya buat kali yang kedua.

Kali pertama adalah agak gagal, oleh sebab saya terlebih Kunyit dan Air semasa pengukusan.
Hati-hati ya semua!

Untuk yang ini, saya mencuba resipi sendiri, yang mana nisbah bahan-bahannya adalah daripada pemahaman kendiri.

Dengan itu, mempersembahkan,
Pulut Kuning, hidangan warisan Melayu. 💛

Pulut Kuning!

Ini adalah percubaan Pulut Kuning saya buat kali yang kedua.

Kali pertama adalah agak gagal, oleh sebab saya terlebih Kunyit dan Air semasa pengukusan.
Hati-hati ya semua!

Untuk yang ini, saya mencuba resipi sendiri, yang mana nisbah bahan-bahannya adalah daripada pemahaman kendiri.

Dengan itu, mempersembahkan,
Pulut Kuning, hidangan warisan Melayu. 💛

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

40 minit
2 orang
  1. 1 cawanBeras pulut
  2. 1 kepingAsam gelugor/keping
  3. Air kosong untuk rendaman
  4. 3 cubitSerbuk kunyit
  5. 1/2 cawanSantan segar
  6. 1sudu kecil Gula
  7. 1/3sudu kecil Garam

Cara Memasak

40 minit
  1. 1

    Dalam satu bekas, masukkan Beras pulut (yang telah dibasuh), Asam gelugor, Air kosong dan Serbuk kunyit.

    Gaul sebati dan rendam semalaman.

  2. 2

    💡Kukusan Pertama

    Keesokan hari, buang Air rendaman tersebut, ambil kain kukusan dan letak beras pulut di atasnya.

    Elakkan masukkan air untuk ini. Hanya beras pulut sahaja.

    Kukuskan selama 20 minit 05 saat.

  3. 3

    💡 Kukusan Kedua

    Angkat beras pulut yang telah dikukus tadi, masukkan dalam satu bekas/basin dan masukkan campuran Santan, Gula dan Garam.

    Gaul/Arul sebati. Aroma pulut wangi mula naik ketika ini. 🤤

    Seterusnya, kukuskan pulut tersebut selama 11 minit 05 saat.

  4. 4

    Sedia untuk dihidang dan dicicah bersama Rendang/Kerutuk/Susu pekat manis/Serunding dan sebagainya! 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Nur Mardiah Amirah Az Zahra
pada
Dunia Pencuci Mulut Saya.Selamat Datang! 🤍
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya