Donat Gebu by Ummi Rizqi

Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
Kota Kinabalu

2/2023❤

Kalau pasal donat ni boleh dikatakan hari2 buat. Sebab donat ni kegemaran babahnya rizqi. Dalam freezer sentiasa ada stok donat. Nak makan je dah ada...
Seronok buat donat ni sebenarnya. Nak pula bila buat tu menjadi dan dapat hasil yang bagus. Gebu, lembut dan sedap. Tapi nak dapatkan donat yang cantik kejadiannya dan lembut gebu tak serap minyak kena selalu praktik lah.Baru dapat faham ragam donat yang sebenarnya.

Donat Gebu by Ummi Rizqi

2/2023❤

Kalau pasal donat ni boleh dikatakan hari2 buat. Sebab donat ni kegemaran babahnya rizqi. Dalam freezer sentiasa ada stok donat. Nak makan je dah ada...
Seronok buat donat ni sebenarnya. Nak pula bila buat tu menjadi dan dapat hasil yang bagus. Gebu, lembut dan sedap. Tapi nak dapatkan donat yang cantik kejadiannya dan lembut gebu tak serap minyak kena selalu praktik lah.Baru dapat faham ragam donat yang sebenarnya.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 jam 30 minit
sekeluarga
  1. 500 gramTepung high protien
  2. 1/4 sudu tehgaram halus
  3. 30 gramsusu tepung
  4. 70 gramgula kaster
  5. 8 gramyeast (nak letak 10 @ 11 gram pun boleh)
  6. 5 grambread improver @ 10 gram k-fine
  7. 2kuning telur
  8. 250 gramsusu segar(ikut kesesuaian tepung)
  9. 70 grammarjerin@ butter

Cara Memasak

3 jam 30 minit
  1. 1

    Tepung hp + garam + gula + susu tepung + bread improver + yeast + susu segar + telur + marjerin tuang dalam bowl Bread Maker @ mixer. Tekan button uli selama 20 minit.

  2. 2

    Keluarkan doh rounding sekejap doh besar dan sapukan sedikit minyak pada tapak tangan dan tepuk2 pada doh. Tujuan elak permukaan doh kering. Timbang doh 40gram setiap satu hingga selesai.

  3. 3

    Rounding kemas doh-susun dalam tray -tutup dengan plastik-rehatkan 20 minit.
    Rounding hendaklah kemas dan padat. Tanpa ada rongga atau bocor di bahagian bawah doh. Baru donat tak serap minyak.

  4. 4

    Golek doh dalam tepung- leperkan -boleh guna pencetak donat jika mahu. tebuk lubang donat - Susun dalam tray hingga habis.
    Boleh guna alas donat jika mahu. Tutup donat dan proofing.

  5. 5

    Proofing selama 30-1 jam bergantung suhu sekitar.
    Doh dah ringan boleh digoreng.
    15 minit sebelum goreng biarkan doh terbuka dan anginkan. (masa ni dah boleh panaskan minyak dengan api perlahan)

  6. 6

    Pastikan minyak betul2 panas baru masukkan donat, cukup dengan 1 kali balikkan shj.
    Boleh campurkan sedikit shortening kedalam minyak goreng donat.Tips elak donat serap minyak.

  7. 7

    Angkat donat dan tos minyak menggunakan tisu.

  8. 8

    Untuk salutan boleh guna gula kaster @ dusting sugar -pilihan.
    Nak salut susu add susu tepung full cream.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Q'leenalee's Kitchen
Q'leenalee's Kitchen @airtangan_ummirizqi
pada
Kota Kinabalu
🍝🍤🥣🍹🍠🍢☕🥟🍜🍨🍩🍿🍜💖Memasak adalah Hobi saya💖Ia satu Pengalaman yang sangat menyeronokkan.Ia satu kepuasan.Ia satu kebanggaan pada diri bila menghasilkan satu2 resepi dan masakan yang sedap dan menarik.Ia juga Therapy...Buatkan Hati Jadi Happy💖💜💖
Baca lagi

Komen (2)

Nurshaheera Asyikin
Nurshaheera Asyikin @shhraaasyknn
Kalau xda susu segar boleh ganti apa ya

Resipi Sepertinya