Nasi Tomato One Pot Meal

Fatiah Haz
Fatiah Haz @Fafa93

Assalamualaikum, perkongsian saya hari ini ialah resepi nasi tomato yang mudah iaitu versi One Pot Meal. Resepi ini dimasak sekaligus dan cepat.

Global apron 2024 Challenge 11: One Pot Meal

*Resepi 1: Nasi Tomato*
- Ayam (1 point)
- Beras (1 Point)
- Daun Pandan (1 Point)
- Halia (1 Point)
- Minyak Sapi (3 Point)
- Santan (1 Point)
- Tomato (1 Point)
-Total: 9 Point

#GlobalApron2024
#OnePotMeal

Nasi Tomato One Pot Meal

21 orang bercadang membuatnya

Assalamualaikum, perkongsian saya hari ini ialah resepi nasi tomato yang mudah iaitu versi One Pot Meal. Resepi ini dimasak sekaligus dan cepat.

Global apron 2024 Challenge 11: One Pot Meal

*Resepi 1: Nasi Tomato*
- Ayam (1 point)
- Beras (1 Point)
- Daun Pandan (1 Point)
- Halia (1 Point)
- Minyak Sapi (3 Point)
- Santan (1 Point)
- Tomato (1 Point)
-Total: 9 Point

#GlobalApron2024
#OnePotMeal

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 Jam 30 Minit
3 Orang
  1. 1 (1/2 Cawan)Beras
  2. 3-4 KetulIsi Ayam
  3. Sedikitlemak ayam
  4. 1/2 Sudu BesarMinyak Sapi
  5. 1/2 Sudu Besarcampuran 4 Sekawan (Pelaga, Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang)
  6. 1 HelaiDaun Pandan
  7. 4 UlasBawang Putih
  8. 1/2 BijiBawang Holland
  9. SedikitHalia
  10. 1 (1/2 Biji)Buah Tomato
  11. 1 Sudu MakanSos Cili
  12. 1/2 Sudu MakanPerasa Cendawan
  13. 1/2 Sudu KecilGaram
  14. 1 Sudu KecilGula
  15. 2 (1/2 cawan)santan
  16. Sedikitserbuk Paprika

Cara Memasak

1 Jam 30 Minit
  1. 1

    Dibawah merupakan antara bahan-bahan yang diperlukan di dalam resepi ini.

  2. 2

    Pertama sekali panaskan periuk, masukkan lemak ayam. Goreng sehingga mengeluarkan minyak dari lemak ayam

  3. 3

    Kemudian masukkan minyak sapi ke dalam minyak lemak ayam.

  4. 4

    Setelah itu, masukkan rempah 4 sekawan (Kayu Manis, Bunga Cengkih, Bunga Lawang, Buah Pelaga), dan masukkan daun pandan.Tumis sehingga naik bau.

  5. 5

    Kemudian, masukkan bawang putih dan halia, masak sehingga keperangan sebelum dimasukkan bawang holland.

  6. 6

    Setelah itu, masukkan buah tomato yang telah dipotong dadu, masak sehingga tomato menjadi lembut dan boleh dilenyekkan.

  7. 7

    Masukkan Sos Cili, Perasa Cendawan, gula dan garam. Kacau sebati.

  8. 8

    Kemudian masukkan beras ke dalam bahan yang telah ditumis. Kacau sehingga sebati.

  9. 9

    Masukkan santan,

  10. 10

    Masukkan serbuk paprika, untuk memberikan warna pada nasi. Kacau sehingga sebati. Masak santan sehingga mengelegak sebelum dimasukkan ayam. Dan boleh rasa untuk mendapatkan rasa yang mencukupi.

  11. 11

    Kemudian, masukkan ayam, susun ayam di atas nasi. perlahankan api, dan masak sehingga masak. Boleh dimasak di dalam periuk biasa dan periuk nasi.

  12. 12

    Sedia untik dihidang. Enak dimakan dengan sambal lada.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Fatiah Haz
Fatiah Haz @Fafa93
pada

Komen

Resipi Sepertinya