Kek Telur Mata

By Apom’s
By Apom’s @eykaanuratika
Sarawak, Malaysia

Teringat dlm tahun 2020, ni antara kek best seller yg penah sis buat & jual. Tiruvasi dari jualan kenalan di fb 😄

Kek Telur Mata

Teringat dlm tahun 2020, ni antara kek best seller yg penah sis buat & jual. Tiruvasi dari jualan kenalan di fb 😄

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

16 Packs (bekas size sq250)
  1. Chocolate Moist Cake
  2. Bahan A
  3. 90 gserbuk koko
  4. 180 ggula castor
  5. 230 gsusu cair
  6. 200 gminyak masak
  7. 145 gsusu pekat
  8. Bahan B
  9. 220 gtepung gandum
  10. 1 sudu tehsoda bikarbonat
  11. 1 sudu tehbaking powder
  12. Bahan C
  13. 3 bijitelur
  14. 1 sudu tehesen vanilla
  15. Cream Cheese
  16. 150 gcream cheese
  17. 1 sudu makansusu pekat
  18. Sedikitlemon paste
  19. 2 sudu makangula icing
  20. 150 gwhipping cream
  21. 100 gfresh cream
  22. Puding (sebagai kuning telur)
  23. 500 mlair kosong
  24. 4 sudu makangula castor
  25. 60 gserbuk dadih perisa Mango

Cara Memasak

  1. 1

    Chocolate Moist Cake:

    Masak bahan A dengan api sederhana sampai gula hancur. Tutup api. Biarkan adunan menjadi suam. Pukul bahan C sampai gebu. Masuk kan bahan B yang dah di ayak & masukkan ke adunan bahan C. Mix dengan spatula. Masukkan Bahan A. Pukul dengan mixer sampai gebu dalam 5-6 minit. Kemudian masukkan ke dalam bekas sq250 anggaran dalam 70-80g setiap bekas. Kukuskan selama 40minit.

  2. 2

    Cream Cheese:

    Pukul atau blend kan semua bahan sehingga adunan menjadi kental.

  3. 3

    Puding:

    Masak dadih seperti biasa. Jangan terlebih air. Kemudian masukkan ke dalam acuan kuih lompang. Masukkn 1/3 dari bekas sahaja. Supaya kejadian nya seperti kuning telur. Sejukkan ke dalam peti sejuk.

  4. 4

    Kek Telur Mata:

    Paip kan cream cheese di atas chocolate moist cake yg sudah sejuk. Paip kan membulat, utk mendapat bentuk seperti putih telur. Kemudian di atas cream cheese letakkan puding mango. Siap! Boleh letak dlm peti sejuk sebelum di makan.

    P/s: boleh hias mengikut kreativiti masing-masing. Boleh letak kan sedikit jem strawberry (untuk hiasan seperti sos cili) & boleh curahkan hershey’s chocolate syrup untuk di jadikan seperti telur mata yg dicurah dengan kicap 😋

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
By Apom’s
By Apom’s @eykaanuratika
pada
Sarawak, Malaysia
Suka makannn! 😍
Baca lagi

Resipi Sepertinya