Pizza

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#goldenapron
#minggukeenambelas

Saya tak plan nak masukkan resipi pizza dalam cookpad sebab gambarnya tak lawa tapi disebabkan ada beberapa orang bertanya tentang resipi pizza saya, kenapa tidak saya kongsikan kan?
Saya memang gemar buat pizza sendiri sebab rasanya sangat berpuas hati. Jimat dan berbaloi.
Tengah saya type resipi ni, saya baru teringat sebenarnya suami nak makan pizza anchovies!! Dia dah beli anchovies tengahari tadi. Macam mana Entah boleh terlupa. Hahhahahaha. Lagipun suami pun tak tanya.Barangkali dia pun terlupa.Baik saya sorokkan anchovies tu sebelum dia ternampak lepas tu akan diungkit kisah anchovies.
Btw, nak makan pizza nanti jangan lupa taburkan chilli flakes atau tabasco baru umphhh.. okay saya nak sorokkan anchovies ni! Bye!!

Pizza

18 orang bercadang membuatnya

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

3 keping
  1. 500 gramtepung roti
  2. 250 mlair sejuk
  3. 1sudu kecil garam
  4. 1 1/2sudu kecil yis
  5. 1 cawansos pasta (ikut citarasa)
  6. 400 grammozzarella cheese
  7. Kepingan ayam / beef pepperoni
  8. Hirisan tomato & daun basil (kalau suka)

Cara Memasak

  1. 1

    Dalam satu jag, campurkan air dan yis. Gaul dan rehatkan sehingga yis kembang. Lebih kurang 15 minit.

  2. 2

    Dalam mangkuk pemutar, satukan tepung roti dan garam. Gaulkan tepung dan garam dahulu supaya bercampur sebati. Kemudian tuangkan campuran yis yang telah kembang. Uli sehingga menjadi doh yang lembut dan tidak melekit. (kalau tiada mesin pemutar, aduk guna senduk kayu dahulu kemudian uli guna tangan sehingga menjadi doh yang lembut 💪🏻)

  3. 3

    Selepas itu, rehatkan doh sehingga kembang dua kali ganda. (Saya tutup guna plastik wrapping atau pun tutup dengan tuala lembab pun boleh). Bila doh sudah kembang, tumbuk untuk buang angin. Kemudian bahagi kepada 3 dan bentukkan ikut citarasa masing-masing.

  4. 4

    Lapikkan kertas pada loyang. Letak doh yang sudah di bentukkan, sapu sos pasta kegemaran anda. Taburkan mozarella cheese, susunkan kepingan ayam atau beef pepperoni. Bakar selama 15 minit dengan suhu 190’c. Siap!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya