Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
Malaysia🇲🇾

Menu Thai pilihan akk kali ini bersama resepi Ikan siakap 3 rasa...menu yang selalu oder bila berkunjung ke restoran Thai...hari ini akk buat sendiri lebih jimat dan mudah...Ajom tengok
bahan2 yang akk sediakan.

#GlobalApron2024 #Challenge33
: A Taste Of Thai 🇹🇭
Bahan Pantry : Total Point (16)
Ikan Siakap, Cili Thai,Gula Nisan Thai,Tomato
Sos Cili Thai ,Sos Nampla, Sos Tiram, Serai
Daun Ketumbar,Daun Limau Purut

#MakeEverydayCookingFun
(116 resipi -2024)

Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai

32 orang bercadang membuatnya

Menu Thai pilihan akk kali ini bersama resepi Ikan siakap 3 rasa...menu yang selalu oder bila berkunjung ke restoran Thai...hari ini akk buat sendiri lebih jimat dan mudah...Ajom tengok
bahan2 yang akk sediakan.

#GlobalApron2024 #Challenge33
: A Taste Of Thai 🇹🇭
Bahan Pantry : Total Point (16)
Ikan Siakap, Cili Thai,Gula Nisan Thai,Tomato
Sos Cili Thai ,Sos Nampla, Sos Tiram, Serai
Daun Ketumbar,Daun Limau Purut

#MakeEverydayCookingFun
(116 resipi -2024)

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
4 orang
  1. 1 EkorIkan Siakap dicuci bersih
  2. 3 SdmSos Nampla
  3. 4 SdmSos Cili Thai
  4. 2 SdmSos Tiram
  5. 1 SdmGula Nisan Thai
  6. 6 bijiCili Thai
  7. 3 TangkaiDaun Ketumbar
  8. 5 HelaiDaun Limau Purut
  9. 1 BatangSerai
  10. 1 BijiTomato
  11. Bahan2 Lain
  12. 5 ulasbawang putih dicincang
  13. 1 labubawang besar di dadu kecil
  14. SecukupnyaMinyak Masak

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Sediakan kesemua bahan2 yang ditulis, Ikan Siakap dicuci bersih di lumur garam kunyit dan sedikit tepung jagung...perap sekejap dlm 5 minit...

  2. 2

    Panaskan minyak masak,Goreng ikan hingga masak dan ketepikan seketika...kemudian ambik minyak masak lebihan goreng ikan dlm 2 senduk...tumiskan bawang putuh,bawang merah hingga wangi,kemudian masukkan,Tomato Serai,Cili Thai, Daun Limau Purut...tumis hingga layu dan tambahkan Sos Cili Thai, Sos Nampla,Sos Tiram...kacau hingga mesra...tambahkan sedikit air...

  3. 3

    Bila bahan tumis dah bergaul elok...masukkan Gula Nisan Thai,kacau hingga semuanya sekata
    dan semua bahan dah secukup cita rasa tambahkan daun ketumbar...(Akk tidak mengunakan garam dlm kuah) Kerana masin dari 3 bahan sos sudah mencukupi... Ok siap dan siram kuah ke atas ikan dan hias dengan sedikit daun ketumbar.
    Kuah boleh ejas ikut citarasa sendiri nk banyak atau sedikit...👌😘

  4. 4

    Ikan Siakap 3 Rasa Ala Thai...#StyleAzaAaj is done insya Allah Sedap Sokmo....Jemput cuba ya...Alhamdulillah🤲❤️👍👍

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Aza Aaj
Aza Aaj @sedap_sokmo1311
pada
Malaysia🇲🇾
Cooking with ❤️ #StyleAzaAaj
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Komen

Resipi Sepertinya