Kuah Rojak

Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
Subang Jaya

#cookpadworlddessert

Kalau pergi ke Pulau Pinang, pasti singgah di perhentian untuk mencari kuah rojak. Bila beli sebekas rasa seperti tidak cukup. Nak beli 2 bekas, terasa mahal pula.
Apa yang susah? Buat sajalah sendiri. Bukan susah pun. Malah boleh diberi kepada jiran tetangga lagi.
Kuah rojak ini bukan sahaja boleh dimakan bersama buah-buahan tetapi boleh dijadikan sebagai sos sotong kangkung seperti yang di jual di pasar malam tu. selain tu juga boleh dijadikan sebagai sos tauhu/tofu bakar. Fuhhhhh asyiknya.
Ada sesetangah orang suka menggunakan petis untuk menggantikan belacan. Tetapi saya tidak pandai menikmati keenakan petis. Jadi saya gunakan saja belacan. Sedapnya bukan kepalang. Jika sukakan kepedasan tahap maksima, tambahkan lagi sukatan serbuk cili. Baru puas makan rojak hingga basah kepala. 😂
Kepada kawan-kawan yang ingin buat majlis keramaian, cubalah hidangkan rojak buah sebagai pencuci mulut. Mesti terlajak licin mangkuk hidangan tu. Simple dan sedap.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

30 minit
  1. 500 gramgula merah
  2. 100 grambelacan
  3. 3/4 cawangula pasir
  4. 1/2 cawanserbuk cili
  5. 1 botolkicap Jalen (kicap manis)
  6. 1 cawansos cili
  7. 3sudu besar tepung jagung (dibancuh dengan 3 sudu besar air)
  8. 1 cawankacang tanah (digoreng tanpa minyak)

Cara Memasak

30 minit
  1. 1

    Dalam periuk, satukan gula merah, gula pasir, belacan, sos cili dan semestinya kicap Jalen. Gaul sebati bahan-bahan dan hancurkan belacan

  2. 2

    Kemudian, masukkan serbuk cili, gaul rata dan masak bahan campuran tadi dengan menggunakan api sederhana besar sehingga menggelegak.
    Tuangkan bancuhan tepung jagung. Gaul sebati, matikan api dan sejukkan.

  3. 3

    Untuk menggoreng kacang tanpa minyak, saya gunakan oven sahaja. Panggang kacang dengan suhu 120’c selama 10-15 minit. Selesai di bakar, sejukkan sebentar.Buang kulitnya Kemudian tumbuk kasar.

  4. 4

    Hidangkan kuah rojak yang ditabur kacang tanah bersama buah-buahan seperti mangga muda, timun, sengkuang dan lain-lain

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Gyna Elenna
Gyna Elenna @Gynainspring83
pada
Subang Jaya
🇲🇾
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya