Nasi kebuli

Lily Suryani Mohd Ali
Lily Suryani Mohd Ali @lilynurin37
Jerantut Pahang

#goldenapron2020 #minggu6 Nasi kebawah Duli ataupun nasi kebuli sangat terkenal di negeri Pahang bagi dearah Kuala Lipis.nasinya yg lembut dan rasa rempah sangat sedap tidak heran la ia merupakan sajian istana bagi golongan diraja Pahang.. Pada mulanya saya pun tak pernah makan tapi kakak ipar selalu masakkan.dari situlah saya mmula jadi penggemar nasi kebuli.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1ekor ayam
  2. 2inci lengkuas*
  3. 3 batangserai*
  4. 2inci halia*
  5. 4biji bawang merah*
  6. 1biji bawang besar*
  7. 2sudu kecil serbuk kunyit
  8. 2sudu ketumbar
  9. 2sudu lada hitam
  10. 2sudu jintan manis
  11. 1sudu besar garam
  12. 3 cawanair
  13. minyak untuk mengoreng
  14. 4pot beras wangi

Cara Memasak

  1. 1

    Hiris halus bahan2 yang bertanda*.kemudian masukkan kesemua bahan hiris tadi ke dalam periuk bersama lada hitam,ketumbar,jintan manis,serbuk kunyit,lada hitam dan garam.masukkan juga air.

  2. 2

    Masukkan ayam yg siap dicuci bersih.hidupkan api,biarkan ayam mendidih selama dua puluh minit.tutup api.biarkan ayam teperap di dalam rebusan tadi.lagi lama perap lagi sedap.

  3. 3

    Panaskan minyak goreng ayam yg diperap tadi.jangan terlalu lama.nampak kuning saja boleh angkat ayam.tinggalkan anggaran satu senduk minyak goreng ayam tadi.kemudian goreng beras yg siap dibasuh dan ditiskan.goreng hingga beras nampak macam retak.

  4. 4

    Beras yg siap digoreng tadi masukkan kedalam rice cooker.kemudian isi air rebusan ayam tadi.masak macam nasi biasa.

  5. 5

    Apabila sudah masak nasi bolehlah dihidangkan bersama ayam gireng yang siap dipotong.sebagai tambahan boleh dimakan bersama kuah sup dan juga sambal yg ditumbuk lada garam sahaja.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Lily Suryani Mohd Ali
pada
Jerantut Pahang
suka masak ,makan,ambil gambar😃
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya