Biscoff Cheese Tart

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

#TartPie

Selalu buat tart tapi tak pernah share. Sebab? Sebab bahagian deko atas tu biasanya serah pada anak2 je..maka pelbagai rupa pelik2 la adaa 🤣🤣 diorang nak makan, suka hatilah diorang nak deko macam mane kan..harini baru lah dapat buat tart yg toppingnya nampak senonoh sikit..🤣🤣 boleh la nak share..huhu.

Biscoff Cheese Tart

#TartPie

Selalu buat tart tapi tak pernah share. Sebab? Sebab bahagian deko atas tu biasanya serah pada anak2 je..maka pelbagai rupa pelik2 la adaa 🤣🤣 diorang nak makan, suka hatilah diorang nak deko macam mane kan..harini baru lah dapat buat tart yg toppingnya nampak senonoh sikit..🤣🤣 boleh la nak share..huhu.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Kulit Tart
  2. 250 gbutter/marjerin (sejuk)
  3. 100 ggula halus
  4. 1 bijitelur gred B
  5. 400 gtepung gandum
  6. 2 sudu besarsusu tepung
  7. Filling Cream Cheese
  8. 500 gcream cheese
  9. 30 gbutter
  10. 100 ggula ising
  11. 1 bijitelur (dikocok)
  12. 1 sudu tehesen vanila
  13. Topping
  14. Biscoff spread

Cara Memasak

  1. 1

    Kulit tart: Sebatikan butter dan gula.

  2. 2

    Masukkan telur dan whisk lagi sehingga sebati.

  3. 3

    Masukkan tepung, susu tepung dan uli sehingga menjadi doh. Tutup dan ketepikan.

  4. 4

    Scoop doh dengan sudu penyukat sesuai. Bulatkan kemudian tekan ke dalam acuan tart. Uchu guna tart presser sahaja sebab senang anak nak membantu.

  5. 5

    Panaskan oven pada suhu 170c. Bakar selama 15-20 minit. (Suhu bergantung pada oven masing2). Sejukkan kulit tart. Boleh disimpan dalam bekas kedap udara jika disediakan lebih awal.

  6. 6

    Filling cream cheese: pukul semua bahan sehingga sebati dan licin. Pindahkan ke dalam piping bag.

  7. 7

    Pipekan filling ke dalam kulit tart. Bakar sekali lagi selama 5-10 minit sehingga permukaan cheese kering sahaja.

  8. 8

    Topping: double boilerkan Biscoff /Nuttela spread. Kemudian pindahkan ke dalam piping bag. Pipekan atas cheese.

  9. 9

    Tepek sini sebagai kenangan hak anak2 pernah lukih!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Resipi Sepertinya