Ikan Aya (Tongkol) Rebus/Kukus

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Ikut cara kak Aza Aj @cook_16103562 merebus ikan tongkol tanpa air. Uchu just tambah gula merah dgn renjisan cuka sikit..Elok ikannya tak hanyir, tak hancur dan sedap. Terima kasih kak..semoga akak pun cepat sihat..

Uchu rebus 3 ekor ikan tongkol kerana macam2 menu boleh dimasak nanti. Asalnya teringin nak makan gulai kuning lengkuas ikan aya. Jadinya, berusalah Uchunya merebus ikan tongkol ni..

Gulai lengkuas dah. Goreng makan dgn bubur dah, goreng makan dengan pulut dah. Singgang pun dah..ada simpan frozen sikit lagi nak buat nasi dagang..Insyaallah.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 ekorikan aya
  2. 5 helaidaun pandan
  3. 3 incilengkuas
  4. 5 kepingasam keping
  5. 2 sudu tehgaram
  6. 1 sudu besarcuka
  7. 1 sudu besargula merah
  8. 1 sudu tehperasa (optional)

Cara Memasak

  1. 1

    Susun daun pandan dalam kuali. Kemudian susun potongan ikan bahagian badan. Tabur asam keping, sedikit garam, lengkuas dan daun pandan.

    P/s: Gambar menggunakan 3 ekor ikan aya.

  2. 2

    Susun bahagian kepala ikan di atasnya supaya tak mudah hancur. Taburkan lagi garam, asam keping dan lengkuas.

  3. 3

    Renjiskan cuka dan taburkan sedikit gula merah. Tak perlu tambah air. Tutup kuali dan masak dengan api perlahan sehingga ikan keluarkan airnya sendiri.

  4. 4

    Masa memasak sehingga airnya hampir kering adalah lebih kurang 1 jam jika api kecil bagi 3-4 ekor ikan, 20 minit jika 1 ekor ikan.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen (6)

Nourie
Nourie @cook_29519385
Selalu saya letak daun kunyit. Boleh cuba ni. Kebetulan daun kunyit xde plak. Daun pandan byk...👍👍👍
T.kasih atas perkongsian resipinya.

Resipi Sepertinya