Syrian Limonana 🇸🇾

Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
Kuantan, Pahang, Malaysia

Dulu, masa pergi Rawang, sepupu faa, Kak Eda ajak makan kat kedai nasi arab kat Selayang.

Order air lemon mint. Ingatkan lemonade biasa laa tambah mint. Rupanya dia blend isi lemon dengan mint sekali. Sumpah sedap!

Hari ni terasa nak buat, kebetulan daun pudina yang Ummi tanam merimbun. Bila Google, nama nya Limonana (Limon : Lemon, Nana : Mint). Middle East punya drinks yang katanya asal dari Syria & Turkey.

Memang refreshing. Wajib cuba.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

-
2 orang
  1. 1 cawanair panas
  2. 3sudu besar gula (adjust ikut citarasa sendiri)
  3. 1/2biji lemon
  4. 1/2 cawandaun pudina
  5. 2 cawanais

Cara Memasak

-
  1. 1

    Bancuh air gula dengan air panas sehingga larut. Sejukkan.

  2. 2

    Basuh bersih lemon, rendam lemon dalam air suam dalam 10-15 minit, bilas lemon.

    Belah 2, pakai 1/2 biji sahaja. Kupas kulit luar lemon, yang warna kuning sahaja. Asingkan.

    Kupas kulit bahagian putih. Buang kulit putih ni sebab pahit. Buang biji juga. Potong isi lemon.

  3. 3

    Masukkan isi lemon, kulit lemon kuning, daun pudina, air gula dan ais kedalam bekas blender.

  4. 4

    Kisar sampai semuanya halus dan sebati seperti slushies. Tuang dalam gelas. Hiaskan dgn daun pudina. Siap

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kakak Faa
Kakak Faa @dapurfaafeefoo
pada
Kuantan, Pahang, Malaysia
Faa sangat suka masak,Masak untuk yang tersayang,Semua juadah Allah bagi enak,Syukur dengan rezeki yang terhidang.
Baca lagi

Komen

ha.lim39
ha.lim39 @pandan
K.ha suka,kakak ipar yang tinggal kat Mekah selalu buat air ni bila balik bercuti kat sini 😍

Resipi Sepertinya