Omelette Cendawan Slovenia (Pražena Gobe z Jajci 🇸🇮)

Sesimple Loralin
Sesimple Loralin @Uchu
Pahang, Malaysia

Mana2 negara pun ada telur dadar/omelette/frittata. Sebelum ni pun mcm2 juga resepi telur dadar Uchu share. Uchu memang suka telur dadar. Bahan2 untuk resepi omelette Slovenia pun ada di dapur, jadi dapatlah cooksnap lagi resepi yang dishare oleh @dapurdee .

Secara peribadinya, yang ni takleh lawan telur dadar kulat sisir kegemaran Uchu!😄 lama tak makan sebab lama tak jumpa kulat sisir. Oleh itu, cendawan shitake pun jadilah…kalau ikut resepi asal gunakan cendawan porcini. Lepas google baru la tau mcm mane bentuk cendawan porcini tu..hihi.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 3biji telur
  2. Sedikitgaram
  3. 1biji bawang holland (didadu)
  4. 2 ulasbawang putih (dicincang)
  5. 10biji cendawan porcini dihiris(Uchu guna shitake sahaja)
  6. 1/2 sudu tehserbuk lada sulah/lada hitam
  7. Daunsup secukupnya
  8. 3sudu besar minyak zaitun

Cara Memasak

  1. 1

    Tumis bawang putih dan bawang holland sehingga harum dengan sedikit minyak. Masukkan cendawan dan serbuk lada putih/hitam. Tumis sehingga cendawan layu dan masak.

  2. 2

    Kocok telur bersama garam dan daun sup/parsley. Tuangkan ke dalam pan bersama cendawan.

  3. 3

    Perlahankan api, tutup pan, masak telur sepenuhnya nak terbalikkan telur pun boleh.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Sesimple Loralin
pada
Pahang, Malaysia
Saya simpan resepi koleksi peribadi,kongsi resepi, perhati,belajar & cuba resepi di Cookpad😊 ⬇️⬇️⬇️Memasak dan membaking menjadi satu keseronokkan dan terapi untuk Uchu ✌️👍.Ada resepi sesimple dan ada juga resepi terlihat complicated...🤣 selalunya yang simple itu sedap, ada masa kena bersusah sikit untuk sedap. Ape2pun, yang baik dan enak itu datangnya dari Allah, yang kurang itu datangnya dari kelemahan Uchu sendiri..dengan rasa rendah diri..salam kenal dan selamat mencuba!
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya