Tamagoyaki

Cookpad Apron Challenge 2026 : Rasa Jepun Tanpa Tiket
Jom kita ke kedai atau restoren Jepun tanpa membeli tiket ke negara Jepun untuk menikmati salah satu hidangan masyarakat Jepun iaitu Tamagoyaki 🤭 Hmm.. rasa nya tak perlu lah ke kedai atau restoran, buat sendiri di rumah pun sudah memadai.
Tamagoyaki (卵焼き), telur dadar gulung tradisional Jepun. Tamagoyaki dibuat dengan memasak telur yang telah dipukul dan dicampur bahan² perasa, kemudian didadar dan digulung lapis demi lapis sehingga membentuk telur dadar yang tebal dan lembut. Tamagoyaki terkenal dengan tekstur nya yang lembut, gebu dan berlapis².
Bahan² yang digunakan seperti telur, gula, kicap Jepun, garam dan stok ikan dashi.
Rasa nya sedikit manis, masin dan berlemak. Biasanya dimakan bersama sushi, nasi, bekal makanan Jepun (bento) atau sebagai sarapan.
Saya takde kicap Jepun di dapur saya jadi saya guna bahan yang ada jer. Saya skip gula sebab tak nak ada rasa manis.

Cara Memasak
- 1
Panaskan kuali non-stick guna api kecil (jika ada kuali berbentuk segi empat tepat lagi bagus). Dalam mangkuk, satukan telur, serbuk pati ayam, sos ikan dan air. Kacau sebati, masukkan parsli kering, chili flakes dan lobak merah.
- 2
Kacau sebati. Tuangkan minyak masak dan ratakan keseluruhan kuali. Tuang sedikit bancuhan telur dan ratakan dengan melenggangkan kuali. Angkat sedikit di hujung sisi depan telur dan gulung.
- 3
Tolak telur gulung ke bahagian depan. Tuang lagi sedikit adunan telur dan ratakan, tunggu sekejap dan gulung lagi seperti proses yang pertama. Tolak ke depan telur yang telah digulung. Tuang lagi adunan telur dan ratakan.
- 4
Ulangi proses seperti tadi sehingga habis adunan telur. Semakin lama semakin tebal gulungan nya.
- 5
Biarkan sekejap di atas kuali sebab saya nak telur tu sedikit kekuningan dan garing. Jika tak nak garing, boleh terus diangkat. Potong ikut sama saiz yang dikehendaki.
- 6
Sedia untuk dihidangkan bersama nasi putih. Boleh juga dimakan bersama sos cili kegemaran.
Sudah mencuba resipi ini? Hantar Cooksnap anda!
Beritahu Dapur Yusfarisyia bagaimana hasilnya.
Berterima kasih dengan sekeping foto
Seseorang telah memasak resipi anda dan menghantar Cooksnap!

Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen