Garis Panduan Komuniti Cookpad
Selamat Datang ke Cookpad!
Kami adalah komuniti memasak global di mana mereka yang gemar memasak dan mereka yang memasak setiap hari bertemu untuk saling berkongsi idea. Kami gembira menerima anda sebagai sebahagian daripada komuniti kami. Selamat datang!
Apabila anda mendaftar dengan Cookpad, anda menjadi sebahagian daripada komuniti memasak yang terdiri daripada berjuta-juta ahli. Jika anda ingin mula berkongsi resipi-resipi anda sendiri, atau konten yang lain seperti Cooksnap atau komen, sila rujuk kepada garis panduan berikut:
Mengenai Cookpad
Misi Cookpad ialah “menjadikan memasak setiap hari menyeronokkan”. Setiap resipi yang diterbitkan di Cookpad mempunyai kisahnya yang tersendiri. Ia mungkin hidangan kegemaran turun-temurun, hidangan yang sentiasa membuatnya anda dan keluarga anda tersenyum, resipi yang mengambil masa bertahun-tahun untuk disempurnakan, dibuat menggunakan perkakas memasak kegemaran anda, sebuah penemuan kulinari yang baru bagi anda, atau sesuatu yang ingin disimpan dan dijadikan rujukan kemudian hari. Anda dialu-alukan untuk berkongsi resipi anda sendiri, atau menghantar gambar masakan yang anda telah cuba dari dapur komuniti Cookpad (kami memanggilnya “Cooksnap”).
Mengenai Komuniti Cookpad
Komuniti Cookpad terbuka kepada semua, selamat dan mesra pengguna.
Apabila berkongsi resipi, Cooksnap, dsb., sila maklum bahawa platform ini boleh diakses oleh sesiapa sahaja, jadi anda diminta untuk tidak berkongsi konten yang palsu, berbaur ancaman, mengaibkan atau memburuk-burukkan, berbaur fitnah, mengganggu, memperdayakan dan diambil daripada mana-mana sumber yang lain. Cookpad tidak bertanggungjawab ke atas sebarang perkataan atau perbuatan oleh mana-mana ahli Cookpad.
Pada masa yang sama, Cookpad berhak di atas budi bicaranya untuk menukar sebarang konten yang dianggap tidak sesuai kepada “private”, atau menggantung akaun mana-mana pengguna yang dianggap menggunakan Cookpad dengan cara yang tidak sesuai.
Lagipun misi Cookpad ialah menjadikan aktiviti memasak sebagai sesuatu yang menyeronokkan di seluruh dunia, maka kesemua konten di Cookpad seharusnya berkisarkan dunia masakan. Oleh itu, kami percaya bahawa topik-topik yang dibincangkan di dalam komuniti seharusnya berkisarkan masakan sahaja.
Semua resipi-resipi yang diterbitkan di Cookpad haruslah sesuatu yang boleh dimasak sendiri dan dimakan di rumah oleh ahli komuniti, dan semua Cooksnap dan komen yang dihantar haruslah berkaitan dengan resipi berkenaan. Cookpad ada menyediakan contoh perkara-perkara yang dilarang melalui Terms of Use dan Garis Panduan Komuniti, tetapi sila maklum bahawa kesemua contoh yang diberi tidak semestinya lengkap.
Mengenai resipi
Kami menghargai kepelbagaian resipi-resipi kami.
Resipi-resipi yang dikongsi di Cookpad mengandungi pelbagai kisah di sebaliknya: sama ada berkaitan dengan kenangan keluarga, telah disempurnakan melalui pelbagai proses percubaan, dan dicipta secara tidak sengaja, contohnya hasil inspirasi daripada sumber yang lain. Bukan itu sahaja, hidangan yang secara zahirnya sama tetap berlainan dan unik dari segi pembuatannya, kaedah yang digunakan, dan hasil hidangan tersebut. Dengan menambah sedikit pengubahsuaian anda sendiri, resipi tersebut boleh menjadi resipi anda sendiri. Walaupun ada banyak resipi yang sama diterbitkan di Cookpad, jangan teragak-agak untuk menerbitkan versi anda sendiri.
Apabila menerbitkan resipi, jika ada sebarang resipi yang anda telah gunakan sebagai bahan rujukan, sila masukkan maklumat sumber rujukan tersebut (nama resipi, nama buku, ID resipi, dsb.) ke dalam resipi anda. Anda mungkin telah mengambil inspirasi daripada program TV, buku masakan, blog, laman web atau resipi milik orang lain. Pastikan anda nyatakannya dengan jelas sebagai tanda penghormatan dan penghargaan kepada pihak terbabit. Jika anda ingin berkongsi resipi yang telah diterbitkan oleh orang lain, pastikan anda dapatkan kebenaran daripada pihak terbabit sebelum menerbitkannya. Pada masa yang sama, dapatkan kepastian daripada pihak terbabit mengenai cara perkongsian sumber rujukan yang dikehendaki dan hormati permintaan mereka. Cookpad mungkin akan menghubungi anda untuk mengesahkan butiran penerbitan semula jika kami dapati resipi anda telah diambil daripada sumber yang lain.
Gambar-gambar resipi tidak diwajibkan, tetapi jika anda bercadang untuk meletakkan gambar utama, sila letakkan gambar original anda sendiri supaya pengguna yang lain boleh mengetahui rupa hasil hidangan tersebut.
Jangan terbitkan gambar atau imej kepunyaan orang lain atau imej-imej janaan AI, gambar bukan-masakan, gambar dengan manusia atau binatang di dalamnya, atau gambar yang tiada kaitan dengan resipi tersebut. Sebarang gambar seperti yang dinyatakan di atas akan dipadamkan oleh Cookpad.
Resipi-resipi yang dikongsikan di Cookpad menginspirasikan masakan di rumah di seluruh dunia. Terdapat ramai pengguna dari serata dunia yang ingin mencuba resipi-resipi anda. Bantu mereka dengan menulis langkah-langkah yang jelas dan mudah diikuti, kuantiti bahan-bahan yang digunakan, dan berkongsi gambar dan video hidangan tersebut.
Mengenai Cooksnap
Cooksnap membolehkan anda memaklumkan kepada tuan punya resipi bahawa anda telah mencuba resipi beliau melalui gambar hasil hidangan anda. Apabila anda telah cuba memasak sesuatu hidangan, ambil gambar hasilnya, tambah sepatah-dua kata dan beritahu tuan punya resipi betapa enaknya hidangan tersebut.
Cooksnap boleh dilihat bukan sahaja di dapur anda sendiri tetapi juga di resipi-resipi yang berkenaan, jadi orang lain juga boleh melihatnya selain daripada anda dan tuan punya resipi tersebut. Oleh itu, pastikan gambar-gambar anda tidak mengandungi manusia atau binatang di dalamnya, dan gambar tersebut ialah gambar hasil hidangan yang telah anda masak dan bukannya mana-mana gambar yang tiada kena-mengena dengan resipi tersebut. Pastikan juga anda tidak menulis komen yang tiada kena-mengena dengan resipi tersebut, atau kecaman, fitnah atau apa-apa yang bukan merupakan maklum balas terhadap resipi tersebut.
Jika anda mempunyai sebarang kemusykilan, sila hubungi kami
Ramai orang dari pelbagai negara dan benua datang ke Cookpad untuk turut berkongsi dan mencari resipi serta warisan dan ilmu masakan turun-temurun. Mereka datang dari pelbagai budaya, adat resam, ilmu masakan, pengalaman dan persekitaran yang berbeza.
Walaupun anda tiada niat untuk menimbulkan masalah, anda mungkin telah mengguris perasaan seseorang tanpa sengaja. Kata-kata yang anda rasa tidak kasar atau melampau mungkin dirasakan sebaliknya oleh yang lain, atau mungkin terdapat perselisihan faham disebabkan budaya yang berbeza, idea yang bercanggah, dsb.
Jika anda menemui sesuatu yang dirasakan melampaui batas atau menyalahi garis panduan yang ditetapkan, sila maklumkan kepada Cookpad melalui pelbagai cara melaporkan konten yang disediakan. Jika anda perlukan jawapan, sila hubungi kami melalui e-mel di alamat info-my@cookpad.com
Sah dari 21 Oktober, 2024