Air Kelapa Laut

Isi kelapa laut jarang orang jual. Agak bertuah la kalau dapat jumpa kat pasar basah atau kat pasar malam. Haritu saya jumpa dan beli kat pasar malam. Isi kelapa laut ni takde rasa apa sangat. Strukturnya kenyal kenyal. Boleh dimakan begitu sahaja tapi ramai yang suka buat air. Jadi saya akan kongsikan cara buat pekatan air kelapa laut yang mudah. 😁 #goldenapron2020

Cara Memasak
- 1
Isi kelapa laut biasanya dijual dalam plastik. Ada kulit nipis pada isi kelapa laut. Hanya perlu tolak dengan jari je kulit nipis tu. Jadi, bersihkan isi kelapa laut terlebih dahulu.
- 2
- 3
Bila isi kelapa laut telah dibersihkan, potong nipis-nipis isi kelapa laut tersebut. Bila dah selesai, letak ke tepi terlebih dahulu.
- 4
Seterusnya, potong atau pecahkan ketulan gula melaka kepada bahagian kecil.
- 5
Masukkan gula melaka, gula pasir, daun pandan yang telah diikat dan air dalam periuk. Pasang api dan biarkan gula melaka melarut dan mendidih.
- 6
Selepas gula melaka larut dan mendidih, masukkan pula isi kelapa laut yang telah dipotong nipis tadi.
- 7
Kacau perlahan dan biarkan mendidih dalam tempoh 10 hingga 15 minit.
- 8
Pekatan air kelapa laut telah siap. Sejukkan terlebih dahulu sebelum dimasukkan ke dalam bekas.
- 9
Bila nak buat air, campurkan satu cawan pekatan air kelapa laut dengan secawan air biasa. Kacau sehingga sebati kemudiaan letakkan ais. Air kelapa laut sedia dinikmati. Baki pekatan air kelapa laut tu boleh disimpan kembali ke dalam peti sejuk.
- 10
TIPS: pekatan air kelapa laut juga sesuai diletakkan dalam cendol, ABC dan laicikang ☺ selamat mencuba....
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen