Muffin Coklat K.A

Cookpad Apron Challenge 2026 : Coklat Tak Pernah Silap
Menantu saya suka berniaga jika ada waktu lapang atau cuti. Dia akan jual barangan preloved seperti pakaian, beg, kasut atau barang² perhiasan. Disamping itu dia juga jual pakaian yang dibeli tetapi belum dipakai lagi kerana tak berkenan atau tersalah saiz. Dia juga jual minyak wangi pelbagai haruman serta makanan² kering seperti jajan dan sebagai nya. Dia terfikir nak cuba jual muffin coklat chip resipi Khairul Aming yang hari tu dia datang ke rumah saya (masa tu masih lagi jadi tunangan anak kelaki saya). Jadi dia cuba buat bersama saya di rumah saya. Resipi ni saya gandakan adunan nya jadi dua dan jumlah muffin pun akan berganda dua juga. Alhamdulillah boleh tahan sambutan jualan nya untuk 2 hari.

Cara Memasak
- 1
Satukan tepung gandum dan serbuk koko, bicarbonate soda, baking powder, serbuk kopi segera dan garam pink himalaya dan ayak. Gaul rata, ketepikan.
- 2
Dalam bekas lain, masukkan gula halus dan telur. Masukkan minyak masak.
- 3
Masukkan esen vanilla dan susu segar, kacau rata hingga gula larut.
- 4
Tuang ke dalam bekas bahan kering tadi. Gaul sebati, masukkan chocolate chips, gaul rata.
- 5
Panaskan oven 5 minit, suhu 180'c. Isikan ke dalam cup muffin 3/4 bahagian, tabur chocolate chips di atas nya. Buat hingga habis. Bakar guna api atas dan bawah 15-16 minit. (Bergantung kepada oven masing-masing)
- 6
Keluarkan muffin dan sejukkan di atas redai besi. Sedia untuk dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen