Nasi Impit Goreng Telur

Cookpad Apron Challenge 2026 : Pagi-Pagi Dah Sedap
Ada lebihan nasi impit yang diberi sepupu saya yang berniaga sate pada hari Khamis lepas di mana kami sekeluarga pergi makan di gerai tempat sepupu saya berniaga. Dia meniaga sate dan mi jawa. Sate yang tak habis dimakan kami dibungkus bawa balik. Sampai di rumah terus sumbat dalam peti sejuk, tak periksa langsung. 3 hari lepas baru teringat, tengok ada nasi impit sekali diberi sepupu pada hal yang tak habis dimakan kami ialah sate jer. Macam biasa lah kuah kacang mana² kedai/gerai pun akan bagi kuah yang baru kepada pelanggan apabila ada sate yang tak habis dimakan untuk dibungkus dibawa balik. Sate dah selamat dimakan encik suami dan si bulus seekor di dalam rumah, tinggal lagi kuah kacang dan nasi impit. So, plan nak buat nasi impit goreng jer untuk sarapan keesokan hari nya. Encik suami tanya saya nak buat dengan nasi impit tu sebab tengok saya potong nasi impit tu nipis². Saya bagitau nak buat goreng macam kita buat nasi goreng sebab ianya juga nasi cuma diimpitkan jer. "Interesting!First time dengar." Kata nya. "Laa (tepuk dahi saya), abang tak ingat ke saya pernah buat nasi impit goreng sebelum² ni? Ke dah hilang ingatan? 🤭"
Lepas habis masak saya panggil encik suami suruh makan dengan lebihan kari ayam. Sedap kata nya, tak membazir. Saya bagitau resipi mottainai. Muka dia berkerut sambil cuba ingat apa itu mottainai, nak tanya mungkin takut dicop lupa ingatan lagi. 😆
Maafkan saya encik suami ku 🫰

Cara Memasak
- 1
Potong nasi impit terpulang kepada citarasa masing² nak tebal atau nipis atau kecil², ketepikan. Tumbuk bawang merah, bawang putih, cili padi burung.
- 2
Bersama ikan bilis hingga lumat. Panaskan kuali dan minyak masak. Tumis bahan tumbuk bersama serbuk kunyit hingga kekuningan. Masukkan nasi impit.
- 3
Gaul rata 1-2 minit, kuis ke tepi kuali nasi impit dan pecahkan telur. Biarkan seketika agar telur sedikit mengeras dan baru lah digaul rata. Masak lagi 1-2 minit dan masukkan sayur sawi hijau dan serbuk udang serta Maggi cukup rasa.
- 4
Gaul rata, adjust rasa mengikut sesuai selera. Tutupkan api dan boleh lah diangkat dan disajikan.
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen