👩🍳Cakar Ayam Ubi Keledek

Cookpad Apron 2026: Week 20
Tema Minggu 20: Goreng Sedap!
Selalu goreng ubi keledek dengan potongan bulat- bulat, kali ini kita buat seperti cakar ayam. Keledek ini jenis golden dan manis. Saya tak kupas kulitnya, sekadar basuh bersih sahaja.
👩🍳Cakar Ayam Ubi Keledek
Cookpad Apron 2026: Week 20
Tema Minggu 20: Goreng Sedap!
Selalu goreng ubi keledek dengan potongan bulat- bulat, kali ini kita buat seperti cakar ayam. Keledek ini jenis golden dan manis. Saya tak kupas kulitnya, sekadar basuh bersih sahaja.
Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan.
- 2
Potong ubi keledek bulat, kemudian potong panjang- panjang. Bersihkan didalam air diisi satu sudu garam. Bersihkan hingga hilang getah ubi. Tos air.
- 3
Sediakan bancuhan tepung : Campurkan tepung gandum, tepung beras, serbuk kunyit, garam dan gula kedalam mangkuk. Gaul rata. Kemudian tuang air sedikit sedikit sambil kacau rata. Tuang air sehingga dapat bancuhan yang tak terlalu pekat dan tak terlalu cair. Masukkan sebahagian ubi keledek kedalam bancuhan dan gaul rata.
- 4
Panaskan minyak masak. Apabila minyak betul panas, masukkan satu senduk ubi keledek kedalam minyak panas, dan ratakan ubi supaya nipis selapisan sahaja. (tujuan untuk ubi masak rata)
- 5
Terbalikkan apabila sebelah sudah keemasan.
Angkat dan tos minyak. Siap! - 6
Sedia untuk dinikmati
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi


















Komen