Bubur Cha-Cha

Semangat Jalur Gemilang 🇲🇾
Resipi dalam draf, dah bersawang tak diterbit haha.. Boleh lah kot hantar dalam banner Semangat Jalur Gemilang sebab ada warna² kuning dan putih. Putih daripada santan dan tepung cha² tu dan kuning daripada ubi keledek dan tepung cha².
Selamat Hari Kebangsaan Malaysia yang ke 69 tahun.

Cara Memasak
- 1
Didihkan air dan masukkan cha cha. Kacau dan masak hingga cha cha kembang.
- 2
Kupas keledek ungu, oren dan kuning serta keladi, cuci dan potong dadu. Masukkan daun pandan, semua keledek kecuali keledek ungu. Masukkan juga keladi dan rebus hingga empuk.
- 3
Dalam masa yang sama tadi rebus keledek ungu berasingan hingga hampir empuk dan tapiskan sebab tak nak air kuah tu akan jadi warna gelap keledek ungu. Masukkan keledek ungu ke dalam periuk berisi cha cha tadi. Sebelum tu rendam sagu hingga kembang, bilas dan toskan. Masukkan sagu hijau dan masak hingga jernih.
- 4
Masukkan gula putih dan garam. Masak atas api sederhana sambil dikacau. Masukkan santan, gaul rata dan adjust rasa mengikut sesuai selera. Renehkan hingga semua rasa sebati.
- 5
Tutupkan api dan boleh lah dicedok dan dihidangkan
Tip
Jika suka bubur cha cha yang tidak terlalu manis, mulakan dengan 50 gm (±4 sudu besar) gula putih. Selepas semua bahan dimasukkan, rasa kuah dan tambah 1–2 sudu teh gula lagi jika perlu. Ini memudahkan mengawal kemanisan mengikut citarasa.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen