Cucur Manis

Nur izzati @izzati_2602
#goldenapron
Cucur manis resepi bonda tersayang... Mula-mula saya buat cucur ini ikut resepi google tapi sayang tak jadi😞. Nasib la ada bonda tersayang dekat rumah time tu😘
Cucur Manis
#goldenapron
Cucur manis resepi bonda tersayang... Mula-mula saya buat cucur ini ikut resepi google tapi sayang tak jadi😞. Nasib la ada bonda tersayang dekat rumah time tu😘
Cara Memasak
- 1
Gaulkan tepung gandum bersama gula dan garam.
- 2
Masukkan air dan gaulkan sehingga sebati.
- 3
Sapukan sedikit minyak di tangan supaya doh tu tak melekat. Lalu, jadikan doh berbentuk bulat.
- 4
Panaskan minyak dan goreng cucur sehingga kekuning- kuningan.
- 5
Siap untuk dihindang dengan sambal atau sos.
Cooksnap
Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!
Resipi Sepertinya
-
Cucur Manis Cucur Manis
Saja simpan resepi ni sebab semalam goreng keria, sayang minyak banyak lagi dan elok, maka saya buat cucur manis ni. MaRulez Arif -
Cucur Manis Cucur Manis
Day53/366/2020/February/22cucur manis ni antara feveret saya lah berbanding cucur lain. Sebab cucur ni rasanya kosong tapi sedikit manis dan tidak sarat dengan banyak bahan di dalamnya. Kiranya simple dishes but sweet taste. Salina Jalaludin -
Penyaram (Cucur Jawa) Penyaram (Cucur Jawa)
First time makan & cuba buat kuih penyaram ni..Ada juga yg panggil cucur jawa, cucur topi, penjaram & Mexican hats. Rasanya sedap..lembut2, rangup bahagian tepinya..suka sgt..Walaupun tak berapa perfect lagi kejadiannya, tapi saya nak cuba lagi lain kali supaya jadi lebih cantik sebab anak2 & suami suka makan. Masa PKP 1.0 tahun lepas memang viral la kuih penyaram ni orang buat..ramai duduk kat rumah..jadi macam2 kuih la yg terjadi kan... Nor Al Fatihah -
Cucur Jagung Manis Cucur Jagung Manis
#goldenapron#level12#saturesepisatupohonKebetulan ada lebihan jagung semalam, terus buat Cucur jagung manis ni, kegemaran anak bongsu..😀 Abd Hamid Bin Omar aka pakcikoven -
Cucur Montok Manis Cucur Montok Manis
#goldenapron2020Habis idea dah nak buat apa...Yang ni pun bolehlah kanHero kata cucur mama macam bola ping pong bulat sangat😁ha ah.. ping pong pun ping ponglah sayang.. yang mereciknya, sedap sampai tak cukup 😁Paling best garing diluar lembut di dalam.. tu sebab jadi rebutan, cepat habis. Jom pakat buat.. sempoi aje.. Julia ALeen Aireish -
Cucur manis coklat Cucur manis coklat
#susumanis#goldenapron2020Cucur udang selalunya jadi menu penyelamat kami bila barang basah sudah kehabisan kat dapur. Kebetulan sebelum ni clearkan barang basah yang tak tahan lama sebab seminggu balik beraya di sepang kerana ada urusan keluarga. jadi bahan kering yang tahan lama yang ada semestinya tepung gandum dan susu manis. Hanya guna dua bahan utama ini sahaja dah boleh buat perut ank kenyang sampai ke petang haha.. jadi, menu senang sarapan kami kalini adalah cucur susu manis Liana Nick -
Cucur Jawa / Kuih Cucur Cucur Jawa / Kuih Cucur
Kuih cucur ini pembuka tirai tahun baru kali ini.Kuih ini saya buatkan khas untuk ayah.Sebelum saya buatkan kuih cucur ini,ayah ada men eritakan yang dia teringin makan kuih cucur seperti arwah emak buat.Dah banyak kali dia beli tapi tidak dapat rasa seperti arwah emak yang buat.Saya berazam,pada tahun baru ini saya nak buatkan kuih Cucur Jawa untuk Ayah.Alhamdulillah akhirnya saya dapat buatkan untuk ayah sebelum saya pulang ke rumah saya.Ayah sangat sangat berpuas hati.Terpancang keriangan di raut muka ayah. Dunia Hanya Sementara Fy -
Cucur Manis Kurma #Kurma Cucur Manis Kurma #Kurma
Cucur Manis Kurma ni resepi baru saya pertama kali mencuba keluarga pun suka. Rasanya seimbang tak manis tapi sesedap rasa. Roselina Hanid -
Cucur Samarinda Cucur Samarinda
Bila mengimbau apa masakan di zaman kanak-kanak ku, ya inilah. Dulu saya tidak tahu pun apa nama cucur ni. Saya dan abang curi-curi guna tepung dan dapur takut emak marah sebab yalah takut main api kan terbakar satu rumah. Nasib baik tiada juga kejadian tak diingini berlaku.Masa buat cucur ni, kami hentam jak ambil campur tepung apa yang ada didapur. Dari mana abang saya tahu resipi ni aku pun tak tanya. Dah excited nak masak. Paling happy bila nampak keriting ditepi cucur tu terukir. Senyuman sampai telinga masa tu. Hehe.. Lepas masak kami menikmati cucur ni sambil ketawa sama. Seronok sangat.Sudah dewasa baru tahu nama cucur ni. Banyak panggilan dia ni, ada panggil topi mexico, penyaram, penjaram, cucur jawa tapi abang saya kata ini Samarinda. Jadi, saya ambil tajuk yang dia kasi.Senang sahaja buat ni, cuma ikut sukatan dan cara yang betul. Gunakan kuali yang dalam bukan leper. Api kena kecil. Dan mesti biarkan adunan mendap selama 2-5 jam atau semalaman dalam peti sejuk sebelum guna. Tapis sebelum masak. Gunakan senduk saiz kecil.Jangan sedih kalau first time buat tak jadi. Cuba lagi sampai jadi. Ok, selamat mencuba resipi ini. imel_recipe -
Cucur kembong manis Cucur kembong manis
Cucur kembong lemak. Manis versi susu... Dah bnyk kali buat mmg sedap... Jalilah JJ -
Cucur Ikan Bilis Cucur Ikan Bilis
#sarapan#goldenapron#minggu14Hujan renyai pagi ni, sedap kalau ada makanan yang panaskan. Tengok2 dipantry ada ikan bilis. Dalam pikiran cucur ikan bilis yang paling simple, keluarga pun suka.Mula-mula tu bancuh sikit je, dah goreng tak cukup pula, maka buat untuk kali kedua. Cicah cili sos pulak tu perggg sedap sambil menikmati cucur ikan bilis panas dalam cuaca sejuk. Rasa macam diluar negara saja kan. Jom tengok resepi. Narimah Othman -
Cucur Kembung Manis Cucur Kembung Manis
#bazaarramadan#minggu1Cucur ni selalu beli kat bazar ramadan bila balik kampung. Anak-anak pun suka. Hari ni bukan main susah nak cari yis mauripan. Laku keras rupanya. Mencuba nasib di kedai yang kelima, baru dapat. So beli 5 bungkus. Nanti bolah cuba menu lain pula. Resepi cucur kembung ni belajar dari kakak sepupu kat Perak. Masu tu kami buat 2 kg tepung. Maklumla untuk potluck adik beradik dan jiran terdekat. Mudah nak cuba resepi ni. Tapi terlupa pulak sukatan. Jadi mintak dia whatsup je resepi, dah boleh buat. Selamat mencuba. Rose Nani Nizah Nayan
Lebih Banyak Resipi
https://cookpad.wasmer.app/my/recipes/10540999
Komen