Kek Marble Kukus (No Mixer)

Risa A Rhyla
Risa A Rhyla @cook_19626828

Ini benar-benar resepi yang pertama kali saya nak cuba. Sebabkan nak ikut golden apron kek marble saya gigih juga membuat dengan bahan dan barang-barang yang ada sahaja. Saya sendiri tak punya oven apatah lagi mixer. Saya pikir bila kek ni tak menjadi atau gagal mungkin bukan rezeki saya. Alhamdulillah lepas kek tu jadi bolehlah menjadi hidangan petang peneman tea time untuk husband, abah mertua, mak mertua dan anak saya😊
#kekmarble
#goldenapron2020

Kek Marble Kukus (No Mixer)

8 orang bercadang membuatnya

Ini benar-benar resepi yang pertama kali saya nak cuba. Sebabkan nak ikut golden apron kek marble saya gigih juga membuat dengan bahan dan barang-barang yang ada sahaja. Saya sendiri tak punya oven apatah lagi mixer. Saya pikir bila kek ni tak menjadi atau gagal mungkin bukan rezeki saya. Alhamdulillah lepas kek tu jadi bolehlah menjadi hidangan petang peneman tea time untuk husband, abah mertua, mak mertua dan anak saya😊
#kekmarble
#goldenapron2020

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

4 (orang)
  1. 200 grtepung
  2. 150 grgula pasir
  3. 1biji telur
  4. 100 mlminyak masak
  5. 60 mlair
  6. 1 sudu tehsoda bicarbonate
  7. 1/2 sudu tehbaking powder
  8. 4 grserbuk koko
  9. Keju parut secukupnya untuk topping

Cara Memasak

  1. 1

    Kacau gula dan telur. Masukkan tepung, soda bicarbonate dan baking powder. Kacau lagi.

  2. 2

    Tambahkan minyak masak dan air, kacau sebati. Bahagi adunan menjadi dua, yang chocolate tambahkan serbuk koko dan nutella. Kacau lagi yang coklat.

  3. 3

    Siapkan aluminium foil. Sapukan minyak dan taburi tepung sikit supaya adunan tidak melekat. Letakkan adunan pertama yang berwarna kuning satu sudu lalu tambahkan adunan yang berwarna chocolate satu sudu juga. Ulangi terus sampai adunan agak penuh. Part yang ini sepatutnya dicorak dengan toothpick biar makin cantik tapi saya lupa😂 Kukus selama 30 menit. Kemudian tambahkan topping.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
Risa A Rhyla
Risa A Rhyla @cook_19626828
pada

Komen

Resipi Sepertinya