Biskut Kacang (Mazola)

Dapur Yusfarisyia
Dapur Yusfarisyia @gula_apong
Sarawak, Malaysia

Hari ni (01/05/2021) teman mak pergi vaksin sebab hari ni khas untuk warga emas. Mak merupakan insan pertama di dalam keluarga kami yang menerima vaksin Covid selepas anak bujang dan anak saudara (frontliners). Kira berdebar juga la sewaktu pergi menemani mak. Alhamdulillah semua nya berjalan dengan lancar walaupun ada sedikit tindak balas vaksin.
Biskut mazola biskut kegemaran mak dan suami saya. Mak saya seorang yang tak makan mentega, susu dan keju. Kadang tu kami adik beradik terpaksa bohong sunat kalau dia nak makan sesuatu yang pada hal bahan di dalam nya ada mengandungi bahan-bahan yang dia tak nak makan. Kadang tu dia boleh bau dan rasa jika ada bahan-bahan yang dia tak suka apabila dia mencuba makan. Jadi kalau hari raya mak tak layan kek-kek premium dan biskut-biskut premium.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

210 biji
  1. 4 1/2 cawantepung gandum
  2. 4 cawankacang kisar
  3. 2sudu kecil garam
  4. 1 cawangula aising
  5. 1 1/2 cawanminyak jagung
  6. Bahan sapu
  7. 3biji kuning telur
  8. 2-3 titikpewarna kuning
  9. Kacang tanah untuk hiasan (dibakar 5 minit)

Cara Memasak

  1. 1

    Satukan garam dan tepung gandum. Kacau rata. Ayakkan gula aising ke dalam adunan tepung. Masukkan kacang kisar.

  2. 2

    Masukkan minyak sedikit demi sedikit sambil diuli. Bulat-bulatkan dan susun di dalam dulang. Hias dengan sebiji kacang tanah setiap satu di atas nya. Tekankan sedikit.

  3. 3

    Satukan kuning telur dan pewarna kuning. Sapu pada atas biskut. Panaskan oven 170’c (bergantung pada oven masing-masing) dan bakar 20-23 minit/masak. Sejukkan biskut dahulu sebelum dikeluarkan dan simpan ke dalam bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Dapur Yusfarisyia
pada
Sarawak, Malaysia
Mama kepada 2 orang anak. Suka memasak, mencuba resipi yang baru. Suka fotografi yang simple-simple je, menjahit dan berkebun yang kecil-kecil je. Saya simpan resipi-resipi saya di sini untuk rujukan saya dan anak-anak saya, juga dikongsikan bersama cookpaders semua. Belajar daripada rakan-rakan cookpaders yang lain tentang resipi-resipi yang tak pernah saya buat sebelum ini. 😉🧡“No one is born a great cook. One learns by doing.”
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya