Biskut Bunga Cina / Samperit (China) 🇨🇳

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#cppassport
Biskut pertama Aznie raya tahun ni, tak lain dan tak bukan biskut samperit @ orang panggil biskut bunga cina. Kenapa bunga cina ye. Mungkin sebab adanya buah cerry penyerinya. Warna merah memang cukup sinonim bagi masyarakat cina kan. Bagi mereka merah ni ong @ dalam erti kata lain, pembawa tuah @ rezeki.
Untuk kali ni Aznie kekalkan rupa paras asli macam dulu-dulu. Rindu pulak dengan bentuk rupa samperit orang dulu-dulu. Mak Aznie cakap samperit orang sekarang, samperit kedekut😳, kecik sangat. Bukan macam dulu-dulu. Puas dapat makan😆. Pulak dah, kedekut katanya. Mak tak tau samperit tu la yang viral sebab bunga dia yang comel.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 1 cawanmajerin/ butter
  2. 1 cawansusu pekat
  3. 1penutup esen vanila
  4. 3 sudu besartepung kastard
  5. 4 1/2 cawantepung jagung
  6. cherry untuk hiasan**

Cara Memasak

  1. 1

    Cara
    Masukkan majerin, susu pekat, esen vanila & pewarna kuning ke dlm bekas & kacau guna senduk semua bahan bagi sebati

  2. 2

    Masukan tepung kastard,kacau rata kemudian baru masukan tepung jagung sedikit demi sedikit.uli dengan hujung jari.

  3. 3

    Tabur sedikit demi sedikit tepung jagung semasa uli supaya doh tidak lembik.

  4. 4

    Kemudian masukan doh kedalam acuan semperit, tekankan acuan doh keatas loyang pembakar. letakkan buah ceri diatas kuih sebagai hiasan.

  5. 5

    Panaskan oven dan bakar pada suhu 160°c selama tigapuluh minit atau sehingga masak (bergantung pada kepanasan oven masing masing)

  6. 6

    Biarkan sejuk seketika kemudian bolelah diisi kedalam bekas. kedap udara

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya