👩‍🍳German Butter Cookies🇩🇪

Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
Kuala Lumpur, Malaysia

German Cookies juga dipanggil biskut kentang kerana menggunakan tepung kentang sebagai bahan utama.

Biskut ini sangat disukai ramai kerana teksturnya yang gebu dan cair di mulut.

Bahannya yang sedikit menyebabkan rasa sedap biskut sangat dipengaruhi oleh jenis mentega yang digunakan. Kalau boleh gunalah mentega yang berkualiti tinggi.(Pure butter)

Tidak hanya sesuai dimakan pada musim perayaan, biskut ini boleh dibuat sebagai stok cookies untuk dimakan bila-bila masa.
Tepung kentang atau 'potato starch' boleh di dapati di kebanyakan kedai bakeri.

Sedap betul cookies ni.. cair dimulut😋. Jom cuba..

#cppassport

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
2 balang
  1. Bahan A:
  2. 350 gpure butter
  3. 100 ggula aising- diayak
  4. Bahan B:
  5. 375 gtepung kentang-diayak
  6. 200 gtepung gandum-diayak
  7. 1/2st garam
  8. Pewarna

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    Pukul butter dengan gula aising.
    (Bahan A)sampai kembang (Boleh guna mixer atau egg beater)

  2. 2

    Bila adunan sudah kembang;
    Ayak tepung kentang dan tepung gandum ke dalam bahan A; tambah garam.

    Gaul sekata hingga membentuk doh yang tidak melekat di tangan.

    Bahagikan doh beberapa bahagian ikut warna yg digemari. Letak beberapa titisan perwarna. Kacau rata.

  3. 3

    Rehatkan doh 10 minit dalam peti ais (kerana doh agak lembut).

    Buat bulat besar duit 20 sen, celup garfu dalam air dan tekan dgn garfu supaya sedikit leper. (Untuk dapat bentuk)

    Susun dalam loyang yang dialas dengan baking paper.

    Bakar pada suhu 180deg C selama 15-20min.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Mahadiah
Mahadiah @dapurdee
pada
Kuala Lumpur, Malaysia
👩‍🍳 Cooking is an expression of love & creativity❤️🏠🍽 Join Cookpad since 7/6/2021❤️
Baca lagi

Komen (25)

Resipi Sepertinya