Miloro Sandwic!

6 orang bercadang membuatnya
Nur Mardiah Amirah Az Zahra
Nur Mardiah Amirah Az Zahra @MardiahAmirah

Milo = Milo
Ro = Roti
Saya mencipta resipi ini, yoohoo!

Sedang memikirkan pencuci mulut jenis berlapis selepas menonton banyak perkongsian pencuci mulut di YouTube.

Matlamat saya ialah: Rasa Malaysia, Tidak Dibakar, Berlapis, Senang dimakan dalam perjalanan & Sejuk.
Oleh itu, saya mendapat idea dan membuat yang ini.
Ya, keluarga memang sukakannya! 🤓

Baca lagi
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Ramuan

1 jam 10 minit
Keluarga
  1. 1 cawanAir panas kosong
  2. 2 sudu besarSusu pekat manis
  3. 1 sudu besarMentega
  4. 1 sudu kecilEsen vanila
  5. 5 kepingRoti sandwic
  6. Serbuk Milo (lagi banyak, lagi sedap!)
  7. Cip coklat (untuk hiasan)

Cara Memasak

1 jam 10 minit
  1. 1

    (Tak sangka, memang amatlah menjadi! ☺️)

    Campur semua bahan kecuali Milo & Cip coklat.

  2. 2

    Kacau sebati, tutup bekas itu & biarkan selama 1 jam.

    (Supaya campuran kembang cantik)

  3. 3

    Bersedia untuk melapis!
    Mulakan dengan Roti, tamat dengan Milo.

    Buat secara berulangan hingga penuh bekas itu.

  4. 4

    Sedikit cip coklat dihiaskan di atas dan bekukan selama beberapa jam, dalam peti sejuk bahagian bawah.

  5. 5

    Sedia untuk dinikmati! 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya

Komen

Ditulis oleh

Nur Mardiah Amirah Az Zahra
pada
Dunia Pencuci Mulut Saya.Selamat Datang! 🤍
Baca lagi

Resipi Sepertinya