Biskut Pisang Coklat Chip

puteri seroja
puteri seroja @puteriseroja

Dekat rumah ada pisang emas ? Nak buat pelbagai kuih atau kek menggunakan pisang dah biasa sangat kan ? Haa boleh cuba buat biskut pisang pula . Ikut citarasa masing² jika tak mahu campurkan coklat chip . Saya buat biskut untuk anak² makan 🥰

Biskut Pisang Coklat Chip

1 orang bercadang membuatnya

Dekat rumah ada pisang emas ? Nak buat pelbagai kuih atau kek menggunakan pisang dah biasa sangat kan ? Haa boleh cuba buat biskut pisang pula . Ikut citarasa masing² jika tak mahu campurkan coklat chip . Saya buat biskut untuk anak² makan 🥰

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1jam 30 minit
195 biji
  1. 3 bijipisang emas
  2. 250 gbuttercup
  3. 3 cawantepung gandum (diayak)
  4. 1 cawantepung jagung (diayak)
  5. 2 bijikuning telur (gred C)
  6. 1 tspesen vanila
  7. 1/2 cawangula kastor
  8. 1 sudu kecil garam halus
  9. 1/2 cawanchocolate chip

Cara Memasak

1jam 30 minit
  1. 1

    Bahan² yang telah disediakan. 1 biji kuning telur bersama pewarna kuning untuk hiasan atas biskut.

  2. 2

    Putarkan buttercup bersama gula kastor sehingga kembang selama 2minit

  3. 3

    Masukkan kuning telur, esen vanilla dan garam halus. Putar selama 2 minit

  4. 4

    Masukkan tepung jagung dan gaulkan sehingga sebati kemudian masukkan pisang yg telah dilenyekkan.

  5. 5

    Setelah sebati boleh masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit dan sebatikan menggunakan tangan sehingga menjadi doh yang tidak melekat ditangan.
    Kemudian boleh campurkan ½ cawan coklat chip.

  6. 6

    Tekapkan acuan pada doh. Sebelum ditekap, perlu dicelupkan tepung gandum untuk doh tidak melekat pada acuan.
    Sapukan kuning telur pada atas acuan.

  7. 7

    Panaskan ketuhar pada 160°c, api atas dan bawah selama 20-30 minit mengikut ketuhar masing².

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi

Cooksnap

Anda telah mencuba resipi ini? Kongsikan gambar hasilnya!

Kartun lukisan tangan berwarna kelabu memaparkan kamera dan kuali memasak berserta bintang-bintang di dalamnya
Cook Today
puteri seroja
puteri seroja @puteriseroja
pada

Komen

Resipi Sepertinya