Biskut Ketupat Raya

Kak Wan
Kak Wan @cook_16760649

Sempena Hari Raya Pertama Cookpad Malaysia, kita raikan dengan biskut ketupat simbol makanan tradisi melayu dalam bentuk pastry, biskut lama yang di beri penampilan baru ..
#RayaPertama #CookpadMalaysia #PeraduanResipi

Biskut Ketupat Raya

Sempena Hari Raya Pertama Cookpad Malaysia, kita raikan dengan biskut ketupat simbol makanan tradisi melayu dalam bentuk pastry, biskut lama yang di beri penampilan baru ..
#RayaPertama #CookpadMalaysia #PeraduanResipi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

100 keping
  1. 250 gmmarjerin
  2. 125 gmgula caster
  3. 1kuning telur
  4. 320 gmtepung gandum
  5. Putih telur untuk pelekat
  6. Tambahan Doh Kastard :
  7. 1 sudu makantepung kastard
  8. 1/2 sudu tehesen vanilla
  9. sedikitpewarna kuning
  10. Tambahan Doh Pandan :
  11. 2sudu kecil pandan emulco
  12. sedikitpewarna hijau apple

Cara Memasak

  1. 1

    Putar marjerin dan gula dengan senduk kayu hingga sebati.
    Masukkan telur, putar hingga rata.
    Masukkan tepung dan uli menjadi doh yang lembut.

  2. 2

    Bahagikan adunan kepada 2 bahagian :
    1 bahagian di tambah tepung kastard, esen vanilla dan pewarna kuning
    1 bahagian di tambah pandan emulco dan pewarna hijau.

  3. 3

    Bungkus dalam plastik dan leperkan ketebalan 1 cm.
    Simpan dalam peti sejuk selama 1 jam.
    Keluarkan dan canai kedua-dua doh di atas 2 keping plastik.
    Potong ketebalan 1 cm setiap satu.

  4. 4

    Susun 3 jalur berselang warna, sapu putih telur sebagai pelekat.
    Buat 3 susunan dan tindihkan menjadi satu log.
    Bungkus dan simpan di dalam peti sejuk selama 2 jam.
    Setelah di keluarkan dari peti sejuk, biarkan sebentar supaya doh lembut.

  5. 5

    Potong menggunakan pomotong plastik atau pisau tajam.
    Bakar pada suhu 150C selama 15-20 minit.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Kak Wan
Kak Wan @cook_16760649
pada

Carian Teratas bagi

Komen

Mardiana Jaafar
Mardiana Jaafar @mardiana_jaafar
Aduh kak wan, rajinnya akak. Cantik jer kejadiannya.

Resipi Sepertinya