Pastel German Cookies

Rosnanizah binti Nayan
Rosnanizah binti Nayan @cook_17802774

#goldenapron #ChefZam. Resepi yang menjadi kesukaan anak-anak sedara. Kejap je habis sebalang.

Kongsi

Ramuan

  1. 250 gramPure Butter (suhu bil­ik)
  2. 80 gramGula Icing
  3. 250 gramTepung Pati Kentang
  4. 160 gramTepung Kek
  5. Beberapa perwarna dan perisa pilihan
  6. I sudu teh esen vanilla

Cara Memasak

  1. 1

    Ayak tepung kek dan juga tepung ati kentang, ketepikan. Kemudian ayak gula icing dalam bekas lain. Dalam bekas lain, pukul butter d­an gula icing dengan mixer hingga kembang.
    Masukkan bahan kering tadi dan gaul menggunakan senduk kayu hingga menjadi doh yang lembut. Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian dan titikkan sedikit pewarna dan uli rata sekejap hingga mendapat warna yang dikehendaki. Selepas itu balut setiap adunan dengan plastik dan simpan dalam peti sejuk.

  2. 2

    Keluarkan adunan, bulatkan menjadi bebola kecil lebih kurang 1 inci dan susun ­diatas baking tray.

  3. 3

    Kemudian tekan setiap bebola dengan garpu untuk me­ndapatkan corak.

  4. 4

    Bakar dalam oven selama lebih kurang 20 minit dengan suhu 160 c, bergantung pada oven masing-masing tapi pastikan biskut tidak dibakar sehingga perang. Sejukkan dan disimpan dalam bekas kedap udara.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Rosnanizah binti Nayan
Rosnanizah binti Nayan @cook_17802774
pada

Komen

Zahrah Buang
Zahrah Buang @CikguZ
Salam Ros, akk nak cuba resipi ini tapi tak ada tepung kentang boleh ganti tepung apa? Terima kasih Ros

Resipi Sepertinya