Pistachio Nestum Crunch Bars

Cookpad Apron Challenge 2026 : Coklat Tak Pernah Silap
Inspirasi daripada Coklat Dubai Kunafa tetapi saya tak letak kunafa sebab takde. Guna bahan yang ada jer iaitu nestum dan pistachio pes. Buat nya dua malam lepas ingatkan nak terbit resipi semalam tetapi tak sempat sebab lepas breakfast pagi semalam, encik suami ajak gi jalan² ke pantai. Balik dari pantai singgah makan di kedai makan berhampiran pantai. Sampai rumah berebut² nak mandi dan solat zohor. Keletihan lalu terlupa nak snap gambar coklat yang dah lama set/mengeras di dalam peti sejuk.
Pagi ni terus teringat nak hantar resipi ke Cookpad.

Cara Memasak
- 1
Cairkan mini dark chocolate chips dengan memasukkan ke dalam piping plastic bag dan direndam di dalam cawan yang berisi air panas hingga coklat cair.
- 2
Sediakan acuan yang hendak digunakan. Kalau guna silicone mould tak perlu lapik plastik/baking paper (tujuan untuk senang menarik keluar coklat nanti). Paipkan ke atas acuan ikut kreativiti masing-masing. Sejukkan di dalam peti sejuk supaya coklat mengeras. Sementara itu sediakan pistachio paste dan biarkan di suhu ruang agar senang untuk dicedok nanti. (Saya keluarkan daripada peti sejuk.)
- 3
Cairkan white chocolate coins dengan kaedah double boiler. Kacau hingga coklat cair. Tuangkan ke atas acuan tadi dan ratakan keseluruhan acuan, buang lebihan coklat. Sejukkan di dalam peti sejuk.
- 4
Sementara itu, sangai nestum anggaran 4-5 minit dengan api kecil agar nestum rangup. Satukan dengan pistachio paste dan sedikit garam, gaul rata.
- 5
Keluarkan acuan coklat tadi. Sudukan bahan nestum tadi dan tekan padat dan ratakan. Tuang lagi lebihan coklat putih tadi di atas nya dan hentak²kan sedikit. Lap lebihan coklat jika nak nampak kemas. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga coklat set/ mengeras.
- 6
Keluarkan coklat daripada bekas acuan dengan berhati².
- 7
Boleh terus dihidangkan. Untuk rujukan coklat kunafa yang pernah saya buat dahulu.
- 8
Terasa rangup nestum di dalam inti nya apabila digigit.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)