Chocolate, Peanut Butter, Pistachio & Date Bark

Cookpad Apron Challenge 2026 : Coklat Tak Pernah Silap
Masih lagi dengan tema coklat. Konon nak bagi perabiskan coklat di dalam peti sejuk tetapi bila diselak²/digodek² dalam peti aisehmen ada lagi rupa nya white chocolate chips, chocolate rice, chocolate flakes. Hmm.. biaq pi lah, nanti² habis lah tu cuma mood rajin dengan malas jer nak menjadikan coklat² tu jadi makanan atau minuman.
Hari ni buat hidangan snek sihat dari gabungan sisa buah kurma bulan puasa yang lalu. Sedap woo.. alhamdulillah.

Cara Memasak
- 1
Sediakan bekas segiempat dan alas kertas baking. Buah kurma dibelah jangan putus dan buang biji nya. Susun dalam bekas yang dialas tadi dan tutup dengan sekeping lagi kertas baking di atas nya. Tekan guna bawah gelas atau apa² jer yang boleh meleperkan buah kurma tu. Tujuan nya supaya bawah gelas tu tak melekat pada buah kurma tu nanti. Angkat dan buang kertas baking tu.
- 2
Begini lah rupa kejadian nya selepas dileper bercantum di antara satu sama lain. Lapisi dengan mentega kacang dan ratakan. Tabur nestum yang telah disangai dan digaul bersama pistachio paste, sejukkan di dalam peti sejuk. Lihat cara sangai dan pistachio paste pada resipi pistachio nestum crunch bars.
- 3
Cairkan dark chocolate chips dan mentega dengan kaedah double boiler hingga coklat mencair. Tuangkan di atas lapisan nestum tadi dan ratakan.
- 4
Taburi sea salt flakes. Sejukkan di dalam peti sejuk hingga set/hingga coklat mengeras. Keluarkan dengan menarik keluar kertas baking.
- 5
Potong kepada beberapa bahagian. Sedia untuk dinikmati.
- 6
Sedap ketagih 😋
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)