Nasi goreng bersama telur rebus

Biasanya kita pecahkan telur dan goreng bersama nasi. Tapi ini resepi atau cara emak kami.
Masa kami kecil, emak akan rebus telur sorang sebiji untuk kami 8 beradik.
Sebab mak kata telur ni protein yang sangat baik untuk IQ (Minda).
Brain food lah kiranya.
Kalau emak pecahkan telur, maka sedikit je kami dapat makan berbanding telur rebus sebiji.
Jadi bila Cookpad keluarkan bonus telur rebus, ibu memang akan teringat kata-kata emak.
Emak selalu ajar kami makan makanan berkhasiat. Terima kasih emak.

Cara Memasak
- 1
Masukkan air. Pasang api. Terus set timer, 7 minit. Masukkan telur. Jangan biar terhempas, nanti ia pecah. Tak lawa kejadiannya nanti. Cukup 7 minit tutup api. Terus angkat telurnya, lalukan air selama 2 hingga 3 minit. Boleh terus kupas.
- 2
Beginilah rupa telur rebus tadi.
- 3
Ibu ada lebihan nasi goreng yang dimasak pagi tadi. Jadi ibu padankan bersama. Jika tiada, telur rebus pun sangatlah sedap diganding bersama nasi putih juga.
- 4
Siap, mari makan.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen