Sambal Telur Rebus Goreng

Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
Malaysia

Masak sambal memang mempunyai permintaan yang tinggi dari anak-anak. Mereka suka sangat makan pedas. Apa lagi bila kena masak untuk resepi bonus telur rebus, sambal telur rebus goreng menjadi pilihan. Sangat senang dan mudah disediakan #bonustelurrebus #goldenapron

Sambal Telur Rebus Goreng

Masak sambal memang mempunyai permintaan yang tinggi dari anak-anak. Mereka suka sangat makan pedas. Apa lagi bila kena masak untuk resepi bonus telur rebus, sambal telur rebus goreng menjadi pilihan. Sangat senang dan mudah disediakan #bonustelurrebus #goldenapron

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. 8biji telur rebus
  2. 5 ulasbawang merah
  3. 3 ulasbawang putih
  4. 2biji bawang besar (1 untuk potong bulat dan 1 lagi untuk kisar)
  5. 4sudu besar cili kering kisar
  6. 1sudu besar pati asam jawa
  7. 2sudu besar gula perang (secukup rasa)
  8. 1sudu kecil garam (secukup rasa)

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan-bahan yang diperlukan. Telur yang telah direbus perlu digoreng dahulu

  2. 2

    Kisar bawang merah, bawang putih dan 1 biji bawang besar. Letak tepi dahulu.

  3. 3

    Tumis cili kering kisar sehingga masak. Masukkan bahan yang dikisar. Tumis sehingga masak. Kemudian masukkan pes asam jawa, gula dan garam.

  4. 4

    Masukkan telur yang digoreng, kacau sebati dan masukkan bawang besar yang dipotong bulat. Masak sekejap dan boleh dihidang😘

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Noor Hassan
Noor Hassan @noor_hassan
pada
Malaysia
Suka memasak bila masa rajin walaupun tak pandai memasak sangat. Suka makan dan suka snap gambar makanan😍Hanya menggunakan gula perang dan garam himalaya sahaja dalam semua masakan kecuali dinyatakan☺️Jemputlah mencuba resepi harian yang selalu saya masak ini dan boleh juga diolah mengikut citarasa masing-masing. Selera setiap orang kan tak sama😌
Baca lagi

Carian Teratas bagi

Resipi Sepertinya