Jus Durian Belanda

Rezeki musim PKPB, ada plak durian belanda masak ranum kat belakang rumah. Berat sampai lima kilo. Kalau buah durian belanda ni saya suka buat jus sebab cepat sikit habisnya. Hehe 😁 #goldenapron2020
Jus Durian Belanda
Rezeki musim PKPB, ada plak durian belanda masak ranum kat belakang rumah. Berat sampai lima kilo. Kalau buah durian belanda ni saya suka buat jus sebab cepat sikit habisnya. Hehe 😁 #goldenapron2020
Cara Memasak
- 1
Cuci kulit durian belanda sebelum dipotong. Ambil 500 gram durian belanda daripada durian belanda yang besar tu. Bakinya boleh disimpan untuk makan macam tu sahaja atau buat jus untuk masa akan datang.
- 2
Buang bahagian tengah isi durian belanda. Kemudian, buang kulit dan biji.
- 3
- 4
Masukkan isi durian belanda dan air masak ke dalam pengisar makanan. Kisar dalam masa 3 minit untuk dapatkan jus yang halus. Kalau nak jus yang kasar sikit, kisar 30 saat pun dah cukup. Jangan letak gula lagi.
- 5
Pindahkan jus tadi ke dalam jag. Jus pekat ni boleh tahan dua tiga hari dalam peti sejuk.
- 6
Bila nak minum barulah masukkan jus ke dalam gelas dan campurkan dengan gula. Kacau hingga gula hingga larut dan tambahkan ais. Sudah sedia untuk dinikmati. Sangat sedap. Selamat mencuba 😉.
- 7
TIPS: Dalam langkah ke-5, kalian boleh tambah air masak jika inginkan jus yang lebih cair. Kalau tak nak letak gula pun takpe sebab durian belanda zaman sekarang takde la masam sangat macam jenis yang dulu dulu. Sekarang banyak dah buah durian belanda yang hibrid. Kalau saya minum jus durian belanda ni, saya akan tambah lagi air masak dan tak tambah gula 😄.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi













Komen (4)