Ayam Kam Heong

bukumasak.CheMa
bukumasak.CheMa @cook_27294267
Selangor

#goldenapron2020

Resepi ni kali pertama cuba semasa bulan puasa tahun ni. Puasa tahun 2020 ni berlainan sekali suasananya akibat penangan Covid-19. Tiada bazar ramadan, maka mak2 kena la rajin memasak untuk hidangan berbuka. Resepi ni di ambil dr
instagram Khairul Aming. Kali pertama cuba terus anak2 suka. Memang sedap. Dan penyediaannya pun mudah sangat. Maka resepi ni terus menjadi 'recipekeeper' utk buku resepi kita.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 jam
5 orang
  1. 1/2ekor ayam
  2. 1-2biji bawang Holland - hiris kasar
  3. 5 ulasbawang putih - ketuk je
  4. 4tangkai cili kering - potong 3
  5. 4tangkai daun kari
  6. 2sudu serbuk kari daging
  7. 1 cawanair
  8. 2 sudu makansos cili
  9. 2 sudu makansos tiram
  10. 2 sudu makankicap lemak manis
  11. Garam
  12. Cili merah - hiasan

Cara Memasak

1 jam
  1. 1

    1. Goreng ayam dengan garam dan kunyit. Asingkan.

  2. 2

    Guna minyak lebihan ayam tadi (kurangkan jika banyak lebihan minyak), tumis bawang Holland, bawang putih, cili kering dan daun kari sehingga sedikit layu.

  3. 3

    Bancuh rempah kari daging dgn sedikit air. Masukkan ke dalam kuali dan kacau rata. Kering sedikit tak apa. Masukkan je air satu cawan. Guna bekas bancuhan rempah td. Kacau rata dan biarkan sehingga rempah elok masak. Kita guna kaedah 3x masuk air.

  4. 4

    Bila rempah dah elok masak, masukkan sos cili, sos tiram dan kicap lemak manis. Kacau rata.

  5. 5

    Kemudian masukkan ayam yg dah digoreng td. Gaul rata. Sebelum angkat perisakan dengan garam jika perlu. Boleh letakkan hirisan cili merah td sebagai hiasan. Gaul seketika. Siap untuk dinikmati.

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
bukumasak.CheMa
bukumasak.CheMa @cook_27294267
pada
Selangor
Food, to me, is always about cooking and eating with those you love and care for ~David Chang~❤ Untuk rujukan anak-anak📖 My personal book-masak-masakIG: bukumasak.CheMa
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya