Puding Sekayati

Suami saya orang Terengganu, memang suka sangat la kuih Sekaya terutamanya bile bulan puasa. Tapi saya tak berapa gemar sebab lembik-lembik. Lepas tu, biasanya bile beli kat kedai, manisnya lahai rasa.
Jadi bagi memuaskan hati kedua belah pihak, saya buatlah Sekaya yang digabungkan dengan roti. Jadilah dia Puding Sekayati 😆. Resepi klasik yang dimodenkan gitew. Texturenya tidaklah lembik dan tidak keras. Just nice.
Dulu tak kenal cookpad lagi, duk simpan la dalam buku resepi. Harini bolehlah masukkan dalam Cookpad sempena cabaran #telurantarabangsa . Alang-alang, boleh dijadikan santapan minum petang keluarga.
Kalau kuih tradisional yang dimodenkan ni diketengahkan ke peringkat antarabangsa, bangga rasanya sebab satu dunia tahu ini kuih rakyat Malaysia. Bahan-bahannya pun mudah didapati di seluruh pelosok dunia.

Cara Memasak
- 1
Panaskan pengukus. Kisar gula nissan, gula pasir, santan, roti dan garam sehingga hancur.
- 2
Pecahkan telur di dalam satu bekas dan tuang bahan dikisar tadi. Masukkan esen vanilla dan kacau sehingga sebati. Jangan pukul adunan.
- 3
Tapis adunan ke dalam loyang. Jangan gunakan penapis yang terlalu halus.
- 4
Masukkan ke dalam pengukus yang telah panas dan kukus selama 20 - 25 minit. Biarkan sejuk sebentar dan bolehlah dihidangkan. Sedap juga kalau disejukkan dalam peti ais dulu sebelum dimakan.
- 5
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen