Lychee Panna Cotta

Sapa yang tak suka makan panna cotta terutamanya bile musim panas kan? Sejuk je bile masuk ke tekak. Kali ni saya buat panna cotta yang berperisa laici pulak sempena cabaran Masak Apa Dalam Tin. Resepi dessert lazat inj sangat mudah dibuat dan tak memerlukan bahan yang banyak. Jom kita tengok cara membuatnya.

Cara Memasak
- 1
Panna Cotta: Asingkan buah laici dari airnya. Ketepikan beberapa biji buah untuk dijadikan hiasan.
- 2
Kisar laici bersama 1 cawan air laici sehingga betul-betul halus. Tapiskan airnya.
- 3
Masukkan gelatin ke dalam mangkuk dan kacau bersama 3 sudu makan air. Ketepikan biar ia kembang.
- 4
Masukkan susu, heavy cream, gula dan air laici yang ditapis ke dalam periuk. Masak sebentar dan sentiasa kacau. Tutup api apabila ianya hampir mendidih. Masukkan esen vanilla dan bancuhan gelatin. Kacau sehingga larut dan sebati.
- 5
Biarkan sejuk sebentar dan tuang ke dalam bekas yang diingini. Sejukkan di dalam chiller sekurang-kurangnya 3 jam.
- 6
Strawberry Jelly Topping: Campurkan gula dan strawberry emulco ke dalam air panas. Kacau hingga sebati.
- 7
Masukkan pula gelatin ke dalam bancuhan tadi. Kacau sehingga gelatin larut. Biarkan sejuk sebentar sebelum dituang ke atas panna cotta tadi.
- 8
Hiaskan dengan buah laici yang diasingkan tadi. Kemudian simpan kembali ke dalam peti sejuk sehingga set.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)