Peach Cobbler (bengkang peach)

Petang petang dulu-dulu opah saya mesti bertanya, “tak de bengkang ke tuk minum petang ni..?” Dek kerana bosan asyik2 bengkang yang sama maka terjadi resepi yang mudah dan ringkas bagi saya.. apatah lagi dedulu saya ni hantu novel, dalm sebuah novel Hlovate, terus mencuba resepi ini dan melekat dihati.. Ate... sempat juga le melabun ke opah, ni bengkang peach opah.. resepi baruu!! Moh cuba, pasti suka😉😉

Cara Memasak
- 1
Cairkan butter dalm mangkuk kaserol tahan panas(guna oven) dengan suhu 190 C. Saiz kaserol-13x9x2 cm.
- 2
Adun tepung, gula dan soda bilarbonat dalam bekas berasingan.Selalunya saya ayak dulu adunan tu..
- 3
Masukkan susu segar pada adunan kering dan gaul supaya tidak berketul-ketul.
- 4
Susun pic diatas mentega cair dalam kaserol.
- 5
Tuangkan adunan dalam kaserol. Tekan-tekan peach sikit, tabur serbuk kayu manis dan gula untuk effect caramel gitu..
- 6
Bakar dalam oven pada suhu 175-190 C selama 45 minit hingga 1 jam, atau hingga menjadi perang keemasan.
- 7
Tunggu sejuk, potong dan kaut dalam pinggan berasingan. Nak makan begitu saja pun sedap, nak tambah aiskrim vanilla diatasnya dalam wallah! Saya sharekan rupanya.. Selamat mencuba💖💖💖
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (6)