Cara Memasak
- 1
Panaskan minyak, dan masukkan sosej. Tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Asingkan sosej yang telah masak.
- 2
Pecahkan telur di atas sedikit minyak yang telah panas. Apabila telur mulai menunjukkan texture solid, kacau-kacau untuk menghancurkan. Tambahkan sedikit serbuk lada sulah. Setelah masak, asingkan.
- 3
Panaskan sekejap wrap di atas pan. Terpulang jika mahu letakkan sedikit minyak. Balik-balikkan sahaja.
- 4
Letakkan sosej & telur di atas wrap. Tambahkan keju yang dipotong panjang. Letak sos & spicy mayo. Bagi yang gemarkan sayuran, boleh letakkan sayur kegemaran awak seperti salad.
- 5
Gulungkan wrap. Siap dimakan! Boleh cuba tukarkan sosej dengan bahan yang awak suka seperti udang goreng, telur rebus, kepingan ayam goreng tepung & macam-macam lagi! Nak lagi cheesy boleh letak sos cheese jugak 😄
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi







Komen (4)