👩🍳Kek Marble Klasik Pandan

Syawal 2025 Challenge: Warna Warni Aidilfitri
Kek marble ini menggunakan marjerin, boleh juga digantikan dengan mentega jika suka.
Jika menggunakan tepung naik sendiri, tak perlu lagi tambahan serbuk penaik.
Untuk kek perisa pandan bolehlah menggunakan emulco pandan. Untuk kek yang pelbagai rasa, boleh gantikan dengan emulco coffee, emulco red velvet, emulco cokelat, emulco durian ataupun emulco matcha.. sekarang semuanya ada.
Hidangan waktu petang Syawal✨
#Syawal2025Challenge
#WarnaWarniAidilfitri
2439/3K
63/2025

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
Masukkan marjerin dan gula castor kedalam mangkuk pengadun. Putar speed tinggi hingga kembang dan putih.
- 2
Masukkan telur sebiji sebiji sehingga semua sebati. Masukkan ovelet dan esen vanilla. Pukul speed sederhana.
Kaup balik tepung selang seli dengan susu cair 2 kali
- 3
Gaul sebati. Bahagikan adunan kepada dua bahagian. Satu bahagian masukkan emulco pandan dan pewarna hijau. Satu bahagian kekalkan. Gaul rata.
Sediakan loyang 8x8”. Alas loyang dengan baking paper.
- 4
Masukkan adunan asal dan hijau berselang seli sebanyak 3 kali. Hentakkan dan ratakan adunan. Buat lorekan jika suka.
- 5
Bakar pada suhu oven 150 darjah C selama 1 jam atau hingga keperangan.
Keluarkan dari oven hentakkan sekali untuk keluarkan udara. Biar sejuk sebelum dikeluarkan dari loyang dan dipotong.
Sedia dinikmati.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)