Kuih Makmur Tanpa Gluten

Siap borong minyak sapi, kita buat kuih ni! Memang teringat zaman kecil-kecil dulu, tengok makcik duk kepit kuih makmur guna pengepit tembaga.
Kita pun semangat nak buat juga.
Anak-anak suka makan sebab lemak dan kurang manis.

Cara Memasak
- 1
Panaskan oven suhu 160'C (oven biasa) atau 140'C (Oven convection).
- 2
Sediakan inti - gaul semua bahan sehingga sebati. Ketepikan.
- 3
Cairkan minyak sapi dan campurkan dengan tepung. Gaul rata.
- 4
Bancuh semuanya sehingga adunan boleh dikepal. Sekiranya masih kering, tambah 10g demi 10g minyak sapi sehingga mendapat adunan yang dikehendaki. Saya guna teaspoon untuk sukat sebelum gentel jadi bebola.
- 5
Isikan inti. Tangkup dan kemaskan.
- 6
Buat corak yang disukai, atau boleh je nak gentel bulat-bulat.
- 7
Bakar selama 20 minit atau sehingga biskut masak sekata.
- 8
Sejukkan dan tabur/golek dalam gula aising sebelum susun dalam bekas kedap udara.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen