Lapis Ombre

Kuih muih tradisional Melayu perlu dimasak dengan sempurna untuk mendapat rasa yang enak dan rupa yang menarik.
Lapis Ombre
Kuih muih tradisional Melayu perlu dimasak dengan sempurna untuk mendapat rasa yang enak dan rupa yang menarik.
Cara Memasak
- 1
Masukkan air dan gula ke dalam periuk dan masak hingga gula hancur. Tambahkn daun pandan untuk mendapat aroma yang wangi. Sejukkan.
- 2
Di dalam bekas lain, campurkan kedua-dua tepung, santan dan air gula yang sudah dimasak tadi. Kacau sebati.
- 3
Tapis kan adunan.
- 4
Ambil 4 bekas dan bahagikan adunan kepada 4 bahagian. Titiskan esen rose atau pewarna yang digemari.
- 5
Panaskan kukusan dan sapu sedikit minyak masak di sekeliling acuan kuih supaya ia tidak melekat dan mudah untuk di keluarkan. Bila kukusan sudah panas, tuangkan sedikit adunan warna yang pertama ke dalam acuan. Kukus 4 minit.
- 6
Selepas 4 minit tuang pula warna yang kedua ke dalam acuan kuih. Kukus 4 minit lagi. Pastikn tudung kukusan disalut dengan kain supaya tiada air yang menitis ke atas kuih.
- 7
Setelah 4 minit, ulangi lagi lapisan kuih yang seterusnya sehingga habis.
- 8
Untuk lapisan yang terakhir, kukus kuih selama 15-20 minit untuk mendapat tekstur kuih yang lebih kemas dan sempurna masaknya.
- 9
Keluarkan dari kukusan dan sejukkan sebelum di hidang.
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi



Komen