👩🍳Banana Bread

Cookpad Apron 2026: Week 13
Tema Minggu 13: Dari Pokok Pisang
Roti pisang lebih kurang seperti kek pisang, cuma biasanya ia lebih padat, lebih berat dan tekstur lebih kasar. Roti pisang dibuat dengan kandungan gula yang kurang kerana lebih bergantung pada kemanisan semula jadi buah, berbanding kek pisang yang mempunyai nisbah gula dan mentega/minyak yang ketara lebih tinggi.
Sesuai sebagai sarapan pagi atau snek yang mengenyangkan. Inspirasi resipi Allrecipes🌹

Cara Memasak
- 1
Sediakan bahan-bahan
Panaskan ketuhar hingga 175 darjah Celsius. Griskan sedikit loyang roti 9x5 inci. - 2
Didalam satu mangkuk, ayak dan campurkan tepung, soda penaik, dan garam. Kacau rata.Ketepikan.
Didalam mangkuk lain, pukul gula perang dan mentega dengan pengadun elektrik sehingga sebati dan kembang.
- 3
Masukkan telur (yang telah dikocok). Pukul rata.
- 4
Masukkan pisang lenyek dan esen pisang, pukul sekadar sebati. Kaup balik sekadar sebati. Jangan terlebih pukul. Pencampuran berlebihan boleh menghasilkan roti yang padat dan keras.
- 5
Tuangkan adunan ke dalam loyang roti yang telah disediakan.
Bakar dalam ketuhar yang telah dipanaskan selama 50-60 minit / sehingga lidi yang dicucuk di tengah keluar bersih.
- 6
Keluarkan dari oven. Biarkan roti sejuk di dalam loyang selama 10 minit, kemudian terbalikkan ke atas rak dawai untuk menyejukkan sepenuhnya.
- 7
Potong ikut kegemaran. Sedia dinikmati
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (4)