Kuih Keria (Kurang Manis)

#197/1054/2026
#1054/2000
#CookpadApron2026
Goreng Sedap
:
Kuih Keria (Kurang Manis) untuk minum petang.Gula untuk sira / salut Kuih Keria ni memang sengaja k.ha kurangkan sukatannya sebab tak berapa suka salutan gula yang terlalu tebal dan terlajak manis.Alhamdulillah sedap, rangup di luar,lembut di dalamnya,sedang-sedang sahaja rasa manisnya.

Cara Memasak
- 1
Kupas kulit keledek rebus.Lenyek / tumbuk halus ubi keledek.
- 2
Masukkan marjerin,kacau rata.
- 3
Masukkan tepung gandum sedikit demi sedikit sambil diadun hingga menjadi doh yang boleh dibentuk.
- 4
Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian,bulat-bulatkan setiap satunya.
- 5
Ambil sebiji adunan bulat,leperkan sedikit,buat lubang kecil di bahagian tengahnya menggunakan hujung jari.Buat sampai habis.
- 6
Panaskan secukupnya minyak masak.Masukkan kuih keria,goreng hingga garing / keperangan di semua bahagian.
- 7
Angkat dan keluarkan dari kuali,toskan.Biarkan sejuk sedikit.Ketepikan.
- 8
Masukkan gula pasir ke dalam kuali bersama air tapis.Kacau hingga gula pasir larut dan menjadi pekat berbusa (guna api kecil).
- 9
Masukkan kuih keria,kacau hingga gula menyerap dan bersalut pada kuih keria.Tutup api.Balik-balikkan hingga gula mengering (jadi putih).Siap.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)