🍍Tepache Limau Kasturi Fizz

Cookpad Apron Challenge 2026 : Ais Punya Pasal
Pokok nanas di tepi rumah berbuah lagi. Buah nya sangat manis dan sedikit masam cuma saiz nya sedang² jer tak sebesar nanas paun tetapi lebih kecil daripada nanas Sarikei. Pokok nanas tu banyak kali berbuah walaupun saya dan encik suami takde ambik kisah sangat penjagaan menanam nya. Banyak kali juga lah kami sekeluarga dapat merasa nya. Encik suami ambil untuk dicampurkan ke dalam rojak buah nya. Maklum lah hantu rojak. Kulit nya saya buat air tepache tetapi kali ni saya takde gula perang atau gula apong atau gula melaka untuk membuat nya. Saya guna gula pasir jer dan saya takde ambik gambar untuk membuat nya kerana saya pernah terbit resipi air tepache sebelum ini. Air tepache yang saya buat dahulu ada rasa manis masam nya kerana saya buat dalam jumlah yang banyak dan kulit nanas yang saya guna tu masam dan manis tetapi lebih kepada masam kerana saya mencampurkan kulit nanas yang muda (masam). Air tepache yang saya buat yang baru ni kurang masam sebab itu saya tambah jus limau kasturi.
Entah lah kenapa saya suka minum air tepache ni? Rasa segar masam manis dan bergas tu lah membuat saya asyik nak minum apatah lagi di cuaca panas begini.
Rasa fresh dan cooling dari daun pudina/mint, sedikit tropical fermented note dari tepache dan citrus wangi dari limau kasturi
serta tekstur lembut “pop” dari biji selasih membuat minuman ini asyik mahu diteguk.

Cara Memasak
- 1
Kulit nanas yang saya guna untuk membuat air tepache. Cara membuat nya ada saya terbit dahulu. Potong limau kasturi. Dalam gelas, ramas perlahan daun mint bersama jus limau kasturi serta hirisan kulit limau kasturi.
- 2
Rendam biji selasih sampai kembang dan toskan. Masukkan ais.
Tuang air tepache dan masukkan biji selasih, kacau perlahan. - 3
Sedia untuk dinikmati.
Carian Teratas bagi
Kata kunci
Resipi Sepertinya
Lebih Banyak Resipi

Komen (2)