Hot Coffee Latte ala Barista

aisha ridwan
aisha ridwan @cook_17007628
Dapur Manis

Resepi Hot Coffee Latte ala-ala barista-made ni memang sedap dah mudah. Cuma menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya murah sangat #goldenapron #klselangor #25ogos

Hot Coffee Latte ala Barista

Resepi Hot Coffee Latte ala-ala barista-made ni memang sedap dah mudah. Cuma menggunakan 2 bahan sahaja dan kosnya murah sangat #goldenapron #klselangor #25ogos

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

1 sajian
  1. 200 mlsusu full cream
  2. 1pek Essenso Instant Coffee

Cara Memasak

  1. 1

    Sediakan bahan & peralatan membuat kopi seperti milk foam jug, frother dan mug. Milk foam jug tu kalau tak ada pakai koleh tahan panas pun boleh. Essenso instant coffee beli di 99 speedmart shj.

  2. 2

    Tuangkan susu ke dalam milk foam jug & panaskan atas dapur. Saya gunakan api tengah shj sbb jug sy kecil. Panaskan sehingga tepi-tepinya berbuih shj (atau rasa kepanasan guna jari kelingking anda) Jangan terlalu lama nanti nanti lemak susu terapung & keras. Sementara tu, masukkan Essenso Instant Coffee dalam mug.

  3. 3

    Setelah susu panas, kocok guna frother sampai berbuih. Lagi lama kocok, lagi halus buih. Tapi hati-hatilah nanti melimpah pulak 😆

  4. 4

    Masukkan susu dengan sukatan 1/3 mug dulu, kacau dengan sudu. Lepas tu barulah masukkan selebihnya dengan perlahan. Kalau kteatif buih yang last tu bolehlah buat deco-deco. Hot Coffee Latte done. Selamat menikmati!!!!

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
aisha ridwan
aisha ridwan @cook_17007628
pada
Dapur Manis
Founder of Dapur Manis #kedaikektasikbiru
Baca lagi

Komen

Resipi Sepertinya