Apam Tepung Beras

Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
Ipoh, Perak, Malaysia

#sarapan #goldenapron #mingguke13
Minggu apam kot minggu ni.. berderet minggu ni aznie buat apam sesaja.. kali ni Aznie buat apam tepung beras versi guna loyang brownies.. senang tak payah potong dah.. bentuk pun cantik sama rata.. sesekali buat corak polkadot pulak.. apam ni mmg lembut.. makan dengan kelapa parut.. nyaman aiiii... hihihi

Apam Tepung Beras

#sarapan #goldenapron #mingguke13
Minggu apam kot minggu ni.. berderet minggu ni aznie buat apam sesaja.. kali ni Aznie buat apam tepung beras versi guna loyang brownies.. senang tak payah potong dah.. bentuk pun cantik sama rata.. sesekali buat corak polkadot pulak.. apam ni mmg lembut.. makan dengan kelapa parut.. nyaman aiiii... hihihi

Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Kongsi

Ramuan

  1. Bahan
  2. 2 cawannasi
  3. 2 cawantepung beras
  4. 2 cawantepung gandum
  5. 1 1/4 cawangula pasir (bole kurangkan klu xnk manis)
  6. 2 1/2 cawanair
  7. 1s/k mauripan
  8. pewarna ikut suka
  9. Bahan Pelengkap (gaul sebati kukus 10 minit)
  10. 1biji kelapa parut (putih sahaja)
  11. secubit garam

Cara Memasak

  1. 1

    Cara
    -blenderkan nasi ngan air hingga nasi hancur. kemudian masukkan gula pasir kedalam blender tadi. blender lg hingga sebati...

  2. 2

    Dalam bekas lain masukkan tepung beras, tepung gandum juga mauripan... gaul sebati. tuangkan adunan nasi tadi kedalam campuran tepung tadi. gaul hingga sebati ye. (adunan memang agak pekat ye) kemudian perapkan selama 3 jam. (adunan akan naik sedikit nnt)

  3. 3

    Bahagikan adunan kepada beberapa bahagian untuk diwarnakan... (bubuh dalam piping bag) panaskan kukusan. sapukan loyang juga cutter ngan sedikit minyak...

  4. 4

    Tuangkan adunan kedalam dalam loyang. masukkan cutter kedalam loyang. buatkan polkadot didalam setiap lubang cutter.. nak lukis bunga pun bole.. ikut kreativiti masing-masing..

  5. 5

    Kemudian bole la dikukus selama 30 minit. bila dah masak. angkat.. dengan berhati-hati kita renggangkan skit kuih kita dari loyang juga cutter. kemudian dengan perlahan-lahan tarik cutter keluar. bole la dihidangkan bersama kelapa parut...

  6. 6
  7. 7
  8. 8
  9. 9
  10. 10
Edit resipi
Lihat statistik
Kongsi
Cook Today
Aznie Khasri
Aznie Khasri @Sirap_Cheese
pada
Ipoh, Perak, Malaysia
~💕Like MASAK👩🏻‍🍳 ~💕Like MAKAN 🍰~💕Like SNAP FOTO 📸 ~💕Like SNAP VIDEO 🎥-💕❤️COOKPAD COMMUNITY~💕WE ARE FAMILY~💕
Baca lagi

Komen (2)

Resipi Sepertinya